Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Wednesday, February 8, 2012

Cerita Hati: Ombak Rindu...Tangis Penuh Sendu


Assalamualaikum

HARI ini baru mula masuk 'office', macam orang baru masuk pejabat selepas cuti lama...terasa macam 'mim alif lam sin' sikit. Nak pegang itu bertangguh, nak pegang ini bertangguh. Tapi kek birthday si Naim anak Zarina Zainuddin ni tetap kena buat juga sebab dah terlanjur berjanji.

Sebenarnya, saya memang susah nak ambil order last minutes ni. Tapi sebab Zarina dah berdiri depan pintu pagar sambil buat 'muka kesian', jadi kita pun terima jugalah. Kata Zarina, Naim memandai-mandai jemput kawan kelasnya untuk celebrate harijadinya (yang ke-9), semalam, 7 Feb 2012. Jadi mahu tak mahu si emak terpaksa juga ketuk pintu aunty Jun.

"Ina tak ada nanti kak Jun. Shooting Ular (filem) belum habis lagi. Tolong ek kak Jun."

Hem...tergamakkah ke nak tolak!? Siap hulur sekali 'pengerasnya'. Berkeping-keping note RM50. Jadi, bak kata orang tu, durian kalau dah bergolek depan pagar, kita tinggal kopek sajalah kan....he he he (gurau saja).

Ok, sebenarnya Zarina dah dekat sebulan menghabiskan masa bershooting dengan Lisa Surihani dan Yusri untuk filem Ular. Sebelum ni di Pulau Pangkor dan minggu ini di Melaka. Wah! dah dekat naik pelamin pun Lisa dan Yusri tetap bekerja keras bagi menyiapkan projek terkini KRU. Maklumlah, orang tengah asyik bercinta. Kata Zarina memang seronoklah sesi bershooting di Pulau Pangkor, kerana tempatnya cantik. Resort cantik dan seofood pun segar dan sedap. Hem, sampai saya sendiri terasa-rasa nak bercuti kat sana.

Jadi berbalik cerita kek anak Zarina, Naim, tak kisah sambut birthday tanpa si emak. Janji ada kek Ben 10 dan kawan-kawan. Dek kerana memikirkan yang makan kek ni nanti budak-budak lelaki yang memang suka krim manis ni, jadi saya buat kek buttercream saja. Depa boleh makan seluruh kek, termasuk edible image tu!


Selesai merias kek ni saya hantar ke rumah Zarina (dekat sa
ja dengan rumah saya) dan saya MMS gambar ke handphone Zarina. Well, both mummy and birthday boy very very happy! Me oso happy...and now me want to continue story Puan Anonymous ya.....!


SAMBUNGAN EMAIL PUAN ANONYMOUS, saya copypaste sahaja.

Salam, Kak Jun.. maaf ya..
Tiba-tiba sy dilanda kesibukan jadi agak macam kebuntuan nak mengingatkan perkara yang setahun berlalu. Walaupun dah setahun tapi orang kata, wanita ni walaupun telah memaafkan tapi dia tetap ingat sampai bila-bila. Bukannya berdendam tapi sebagai peringatan.

Perjalanan kami masih jauh lagi Kak Jun. Kalau tak, rasanya macam nak tonjol2 jer muka si A tu, rasa nak belasah, tapi sy terbayang satu jer, kalaulah sy belasah org yg tgh bawa kereta dibuatnya dia terbabas, ada pulak lori kat depan, Nauzubillah. Lepas tu besoknya terpampanglah pulak kat suratkhabar, sekeluarga maut ke.. suami isteri maut, anak selamat ke... suami anak maut, isteri cedera parah ke... dan yg sewaktu dgnnya. Aishhh!! Yang terlintas sgt2 dlm kepala masa tu ayat yg selalu diucapkan mak sy.. lebih kurang mcm ni.. "kalau mati terus tak apa, kalau hidup, tapi menyusahkan org, baik mati". Saya fikir tulah, tergantung kaki dekat hospital, tak nak sy kak Jun, jadi sy sabar... dlm hati tak putus beristighfar. Ank sy diam aje kat blkg. Krn memikirkan ank yg ada kat blkg tulah sy sabar.

Si A ni tak habis2 tanya sy maafkan dia tak. Sy jwb, tak tau. Dia kata, tlg maafkan dia, kalu sy tak maafkn dia tak bleh nak bawa kereta. Sy angguk, tapi dlm hati, tak tahulah sy maafkan atau tak, sy sndiri tak tahu perasaan sy waktu tu. Lps tu, ada pulak kwn dia call ajak singgah main bola kat satu tempat ni. Gamenya malam, jadi A ckp dgn sy, bleh tak kalu dia nak singgah main bola dulu. A ni kalu pasal bola mmg nombor satu. HIDUP dan sy tak pnah larang minat dia. Ntah knp saya baik sgt, sy kata ok. Jadi smntara tunggu kwn2nya dtg kat stadium tu, A duduk di sblah saya. Sy diammmm jer, sebab org dah hilang perasaan. Ank sy konon2nya nak jogging kat trek tu, tapi malu jadi dia duduk jaraknya dlm 10 kerusi jugalah dari kami berdua.

Lps tu, A tanya. Sy marah lagi ke dgn dia. Haruskah dijawab dgn pelempang. Aiiiiiiiiiiiii, memang rasa nak .. mcm2 nak buat tapi sy ni masih ada akal fikiran. Takkanlah sy nak belasah suami kat tmpat awam, kan. Ish! Tadi dlm kereta tak dpt nak belasah, ni kat tmpat awam. Tak dpt juga nak belasah. Masa inilah sy dpt meluahkan perasaan sy. Sy ckp, smpi hati dia buat sy mcm ni. Apa dia nak sy buat, nak mkn apa, nak pergi mana, sy turut. Sy sedih sgt, sy puasa, sy mengaji, sy smbahyang, tapi knp benda mcm ni jadi pada sy, kenapa?? Lepas tu sy nangis. A terus peluk sy kuat2. A mengaku dia salah, dia silap, A kata dia syg sy, dia tak tau knp dia boleh buat mcm tu. A peluk sy lagi lepas tu kami sama2 nangis.... huhuhu... sedihlah Kak Jun bila teringat, nangis lagi... huhuhu.

Masa tu sy tengok ank sy pandang ke arah kami. Mgkin dia dgr kot mak bapaknya nangis.Dah macam apalah, nasib baik tak ada org kat situ. Mengongoi nangis dah macam budak2, sy prnahlah nmpk A ni nangis sbelum ni. Masa mak dia pergi haji (malam lps htr mak dia tu, dia nangis) dgn masa tengok cerita hindustan, kabi kushi kabi gham.. huhu.. tapi yg ni dia nangis lagi teruk. A kata dia menyesal, dia menyesal kenal dgn L psl si L ni nak memprgunakan dia utk dptkan duit. Sy tak pasti betul atau tak, tapi modus operandi si L ni ialah menggoda suami org & kemudian mengugut utk mmberitahu sang isteri. Kalu tak mahu si isteri tahu, kena bagi duit pada dia. Menurut A, dah byk kali dah dia bagi si L ni duit utk menutup mulut, tapi setiap kali nanti dia minta lagi. Sy tak pasti betul ke mcm tu, ntahlah, siapa ngorat siapa pun pening dah kepala nak fikir. Tapi kalu fikir logik, kalau L ni dibagi minum ubat khayal oleh si A, takkanlah dia boleh pulak rakam video, tapi yg pasti, smpi ke hr ni sy mmg tak pnah dpt video tu dan A kata semua tu sengaja diada2kan A utk mengugut si A

Malam tu kami tidur di rumah abg A. Eiiiiiiiiiiiiiiiiiii, kalau ikut mulut sy yg tak baik ni, memang nakkkkkkkk sgt sy cerita dgn kakak ipar tapi sebab hati sy baik, sy diamkan. Sy buat mcm tak ada apa2 yg berlaku. Keluarga mertua sy baik, Kak Jun. Sy tak smpi hati nak menghancurkan hati mak mertua sy, tmbhn mak mrtua tak brp sihat. Kalu dia tahu perbuatan si A ni, tak dpt bygkan, msti maknya menangis siang malam. Sehingga ke hari ini, sy tak pnah ceritakan hal ni pd keluarga mertua, apalagi keluarga sy. Yg tahu cuma kwn baik sy yg menganggap sy superwoman sebab dia kata kalau dia yg kena, tak tahulah macammana. Superwoman takkan menangis, kan Kak Jun... ;-))

******************************

Kalau ikutkan saya, memang setiap baris ayat dalam email Puan Anonymous ni nak saya ulas, saya kupas. Tapi, biarlah tuan punya badan saja bercerita. Esuk lusa saya sambung lagi kesudahan kisah Puan Anonymous yang sangat tabah.

Sekiranya ada wanita yang berwatak seperti Cik L, semoga kisah Puan Anonymous ini boleh memberi sedikit ruang di hatimu untuk berasa kasihan kepada kaum sejenismu, yang menderita jiwa dan raga kerana suami tempat kita bergantung kasih sayang dan cinta, kesudahannya bermain kayu tiga.

Ingatlah pesan para ulamak, kalau kita berdosa dengan Allah, kita boleh minta maaf dan bertaubat kerana Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Tapi kalau kita berdosa sesama manusia.....hanya insan yang kita mangsai dan khianati itu saja yang boleh memaafkan kita. Sanggupkah kita memberikan pahala kita kepada orang yang kita aniaya? Kita kata? Kita umpat keji? Dah habis segala pahala kita bagi kat dia, tapi masih berbaki lagi dosa kita kat orang tu, kita kena ambil pula dosa-dosanya. Sanggup? Oh! Saya tak sanggup memikirkans egala dosa dan kesalahan saya sesama manusia. Semoga mereka sudi memaafkan saya. Memang hal inilah yang paling saya takut sekali. Sia-sia ibadat kita...sia sia sahaja.

Akhir kalam, saya kehilangan kata-kata.....



6 comments:

MUMMY CHOP MINT said...

Sangat menginsafkan ....

Oh Oeya said...

Suatu malam itu, pernah aku pohon pada-NYa "Kalau betullah suamiku curang padaku, tolonglah kasihankan aku Ya Allah, tunjukkanlah hanya pada aku sorang saja, aku malu, tolonglah Ya Allah." Betapa hati masih rela disakiti kerana diri sedang sarat 7 bulan lebih dan sangat takut sakit ketika bersalin pertama kali. Mengharapkan tidak disumpah suami azab semasa bersalin.. Ya, doa isteri utk diri sendiri, pada suami yg menyakiti.. berlalu sudah kesakitan itu..
Seperti Puan Anonymous yg telah memaafkan, kisah pahit ini belum luput dr ingatan..

Sari Yusa Ibrahim said...

Sy pun hilang kata-kata ni, KJ. Ni bukan Ombak Rindu, ni La Nina namanya... huk huk!

Dalam Harian Metro kerap sangat didedahkan dgn taktik anak2 dara skrg (dara keeee???) yg sengaja menjerat suami org yg berduit dgn tujuan utk memerangkap & hidup dalam kemewahan. Bagi mereka harga diri tu dah tak ada nilai, yg penting mereka dpt hidup senang tanpa perlu bekerja brsengkang mata semata-mata nak mendapatkan 2 atau 3K sebulan. Bila mangsa dah terjerat, masa nilah diorang mengugut utk mndedahkan sgala rahsia, kalu tak bayar alamatnya akan smpi ke pngetahuan isteri mngsa. Bertuahnya Puan Anonymous krn A sedar yg dirinya dipergunakan kalu tak entah apalah nasib Puan Anon agaknya, kan... terus tsunami & gempa bumi agaknya.

cupcakekasih said...

MUMMY CHOP MINT: Kalau kita dengar kisah orang kan....

cupcakekasih said...

Oh Oeya: memaafkan itu adalah yang terindah....dada kita terasa sangat lapang. Melupakan itu...biar masa yang menentukan. XOXO

cupcakekasih said...

SARI YUSA IBRAHIM: kalaulah lelaki tahu makna sebenar 'suami sebagai khalifah anak dan isteri, segala dosa maksiat dia kena tanggung semua...pasti depa tak berani nak buat onar. Jangankan nak berpoligami...silap-silap nak kawin pun depa fikir beribu-ribu kali. Wallahuaklam