Followers

Wednesday, September 7, 2011

Rendang Kerang Opah


Salam semua,

SEDAP sangat rendang kerang ni. Walaupun gambar ni dah seminggu usianya dan rendang kerang ni dah lama bersemadi dalam perut saya, tapi masih terasa-rasa harum enaknya rendang kerang hasil nukilan bonda ku. Memanglah semua orang kata masakan emak masing-masing paling sedap, tapi kalau you all belum pernah merasa rendang kerang kena rasa rendang emak saya ni. Sedap sangat....kalau mak mentua mengendeng pun kita mesti buat-buat tak perasan...gitulah diibaratkan. Maknanya, sedap sangatlah tu.


Ni baru lepas sendawa....masih terasa lagi sedapnya rendang kerang ni.....mak ai. Jadi cakap banyak pun tak guna, sebelum tidur hafal dulu resepi ni ya. Jadi esuk pepagi dah tahu nak beli barang apa, bumbu apa, daun apa. Dan paling penting...kerangnya. Jangan pulak dah beriya-iya nak merendang kerang...tapi benda maha penting tu tak ada...he he he.


Jadi, inilah dia bahan-bahannya, yang saya copy paste dari blog kakak saya jer, kak Da, 1001 Resepi. Senang cerita, sebab emak dia emak saya juga. Jadi buat apa saya taip 2 kali. Kita amalkan konsep sharing is caring...udah. Apapun, paling penting, jangan lupa bagi kredit kat emak kita tu, betul tak kak Da? Tajuk resepi berbunyi begini...

"Rendang Kerang Opah"

Bahan-bahan
2 kg kerang direbus dan dikupas
Bahan-bahan untuk dikisar
1 biji bawang besar
5 ulas bwg putih
2 inci lengkuas
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
1 btg serai
15-20 tangkai cili padi

Lain-lain bahan
1 sudu besar rempah kari
1 keping asam keping
2 sudu besar kerisik
1 sudu gula
1 1/2 cawam pati santan
garam dan bahan perisa secukup nya
daun kunyit dihiris halus

Cara Membuat1) Masukkan semua bahan-bahan yg telah dikisar, pati santan, rempah kari kedalam kuali. Masak di atas api sederhana sehingga kering sedikit, kemudian masukkan kerang dan gaul sebentar.
2) Biar sehingga rendang agak kering, kemudian masukkan pula kerisik, garam dan bahan perisa. Kemudian masukkan daun kunyit. Kacau sehingga rendang kering (terpulang kepada selera anda, samada suka rendang yang kering atau berkuah).


Akhir kalam, wasalam. Jumpa lagi esuk. Insyaallah.

16 comments:

MUMMY CHOP MINT said...

Askm Kak Jun...
Sungguh'zalim' entry ini! Nak menangis pun ye sebab teringin sgt...ehehe. InsyaALLAH, bila Ereen dah siap buat nnt, Ereen akan ambik gambar pulak ya...(sambil sendawa juga)..:))

ida @ 1001resepi said...

betul betul betul....(macam upin ngan ipin punya suara...:)

kkda dah lama mengabdikan resepi ni kat 1001resepi...memang dalam blog tu banyak resepi bonda kita dan bonda mertuaku...dan pasti kkda ada sebut nama depa...proud apa! skil masak kita ni pun datang dari mana lagi kalau tak dari orang tua kita...:]

NBK said...

aduh...sapa cubit ni?..:)..hi hi rendang kerang hasil tangan opah tak sapa boleh copyrighted...

MUMMY CHOP MINT said...

AsSalam Kak Ida!
nak tanya ni...2kg kerang tu yg dah dikupas ke belum? takut nanti seciput jek jadinya...(amboi! tengok, ereen dah tamak dah puasa2 ni..) nampak gambar pun tau mmg sedap!

cupcakekasih said...

Dr Ereen Mummy Chop Mint - kerang tu dah direbus dan dikupas. Lebih afdal beli masa bulan penuh Ereen, isi kerang besar-besar. Kalau beli bulan gelap, kerang kurus jer. Dah cuba nanti pelawa kak Jun n kak Ida ya :-)

cupcakekasih said...

Dr NBK: adoi termakan cili tadi....pedas ni. kak Da..bak air.

MUMMY CHOP MINT said...

kak jun, macamana nak tahu
1)bila bulan penuh?
2)masa dia membesar bulan penuh ke masa tangkap bulan penuh?
owh! confuse ni...Nanti kalau jadi baru boleh offer cikgu..hehehe..(tapi takut sedap sgt jadi masuk perut sendiri je tak sempat sampai ke cikgu!)

zalifa nafisa faheem said...

resipi mak kita, dia taruh hirisan2 daun kunyit banyak2 mak aii harumm je baunya... biasanya kami makan dengan pulut kuning yang lembut... baru menyerap sedapp kak jun... hehehe

zalifa nafisa faheem said...

resipi mak kita, dia taruh hirisan2 daun kunyit banyak2 mak aii harumm je baunya... biasanya kami makan dengan pulut kuning yang lembut... baru menyerap sedapp kak jun... hehehe

ida @ 1001resepi said...

ereen tanyak kkida ke pasal kerang tu...hehe...nak buat banyak mana pun takpa...kkida kalau buat sekali beli kerang 5kg...hehe...bila kupas dapatlah sekilo kot...:)

MUMMY CHOP MINT said...

Oohh....than Kak Ida, tapi yg oasal bulan oenuh tu macamana pulak?

cupcakekasih said...

Dr Ereen Mummy Cho Mint: bersungguh-sungguh nak tau petua beli kerang ya....sebenarnya petua tu kak Jun dapat dari org tua2 juga. Maknanya...masa bulan penuh, pergilah beli kerang. memang besar-besar. Ketam and sotong pun macam tu. Kan waktu mencandat sotong pun elok masa bulan penuh...sebab senang nak umpan...sekejap jer penuh sebaldi! Cubalah nasib ya...

noorlie said...

meleleh air liur eden kak jun, rendang kerang my fav.

hehehe

MUMMY CHOP MINT said...

ok, insyaALLAH akan tengok malam ni, bulan penuh ke tak. kalau bulan penuh esok boleh pergi pasar. tadi dah order kakak pasar bahan2 nak buat rendang dah...excited juga ni. heeheheh...

Effie Elyda said...

kak jun...rendang kerang is my dad ever favourite raya dish...dia sanggup kopek 12 kg kerang utk raya kak oi.... hihihihi

-effie

Oh Oeya said...

kat Fb kita klik like aje sebab dh tergoda..

baca comment di sini tersengih2.. cerita kerang dgn bulan penuh.. bulan gelap.. tak faham mulanya hehehe :D

Me & Mom

Me & Mom

Nur Mukmin Home Spa

Nur Mukmin Home Spa
Body Massage, Khas untuk Muslimah. Call Sobah 017-3768549

SALAM

SALAM
Hong Kong Fashion Week 2007