Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Monday, July 4, 2011

Hello Kitty & Cerita Dia yang Pergi


Salam Semua

Isnin penuh kenangan. Pagi tadi awal-awal lagi saya sudah ke masjid Kota Damansara kerana menziarahi kawan seuniversiti dahulu yang telah pun kembali ke pangkuan yang maha Esa. Inilah nukilan hati saya di laman FB pagi ini....selepas menatap arwah Rozanita yang sempat ku kenali dan kini sudah pun pergi.

(Setiap kali kembali ziarah arwah teman. Hati merusuh, runtuh dalam panasaran. Sering teringat zaman kami sama-sama menimba ilmu. Berkejar 24 jam nak siapkan assignment + study sampai pagi. Tapi sampai masanya, kita pergi bertemu yang Esa. Semua yang dikejar dulu, tinggal saja di muka pintu. Tiada apa yang dibawa, selain amalan saja. Takutnya mengenang dosa, terasa mahu bersimpuh di sejadah seluruh usia).



Sepanjang pagi saya hanya mengenang masa lalu. Melihat album dan mencipta captions sendiri. Benarlah seperti kata ulamak itu, kematian itu pasti dan segala adab menguruskan jenazah itu elok kita hayati sebagai tanda ingatan, jika mahu merebut dunia pun, jangan sampai terlupa mengenai kehidupan di alam sana. Kita masih ada dua lagi kehidupan yang pelu ditempuh iaitu alam kubur dan alam akhirat. Selepas itu baru kita tahu sama ada kita mendapat tiket ke syurga atau ke neraka.


Takutkan? memang takut. Kalau nak tulis bab ini memang panjang. Tapi dek kerana saya tak cukup ilmu, jadi cukuplah sebaris dua tazkirah di petang Isnin ini sebagai peringatan untuk diri saya sendiri. Apapun, sesiapa yang mengantuk tu, pergi buat secawan kopi dan kembalilah sambung kerja dengan penuh takzim. Jangan curi tulang dan jangan blogwalking atau FBing waktu kerja. Tak baik tau. Dan satu lagi, jangan asyik nak kutuk boss dengan bermacam-macam tohmahan dan prasangka sebab kalau tiba-tiba kita tersungkur di kaki meja, macam mana? Penulis blog ni pun jangan pandai cakap saja...kan? Kena muhasabah diri. Iya...saya kena muhasabah diri.


Jadi, hajat nak menulis sambungan Cerita Hati pun saya tangguh dulu sebagai tanda penghormatan kepada kawanku yang sudah pergi -- Rozanita. Kami sama-sama tinggal di kolej Delima. Dia budak AD, saya budak Mass Comm. Tapi kami serasi. Sayangnya kami terputus hubungan selepas masing-masing bekerja, kemudian berumahtangga. Jadi usia habis dengan kesibukkan mengadun anak, suami dan membina kerjaya. Sibuk, sibuk dan sibuk....dengan keperluan yang tak berhenti mengejar kita setiap hari. Sampai nak berkirim salam di angin lalu pun tak sempat nak seru.


Akhir kalam, saya mohon pembaca semua sudi menyedekahkan al-Fatihah untuk Rozanita. Barah menjemputnya ke sana. Bahagian kita? Masih kelam, wallahuaklam.


Apapun, bagi sebagai halwa jiwa saya papar juga kek harijadi untuk baby Adara Naqeeyah yang sempat saya siapkan hujung minggu lalu. Baby yang comel ni minat Hello Kitty. Seronok rias kek untuk baby ni sebab semua benda cute. Memang ralit.



Semua ni edible...kecuali lilin dan papan kek.

Patung Hello Kitty tu bukan fondant semata-mata tau, tapi saya balut dua biji cupcakes -- vanilla dan coklat.



Happy Birthday Baby Adara Naqeeyah. Sedap sangat namanya, boleh pinjam untuk watak novel aunty?

2 comments:

Sari Yusa Ibrahim said...

Al-Fatihah utk arwah, sy masih simpan lagi coretan Kak Jun & Kak Lily tntang kematian dlm Jelita (cover Nasya Aziz). Memang takutnya mnghadapi kematian, khidupan di sana masih misteri, hanya Allah yg Maha Mengetahui...

urmmmmm, tangan ajaib... cantik tol kek Cik Kitty tu.. ;D

zuwaidah said...

al fatihah untuk arwah. moga ditempatkan berserta mereka yang beriman. nasihat akak akan saya semadikan dlm diri iaitu jgn blogwalking, fbIng (dah kurang) sewaktu kerja, dan ikhlas melakukan sebarang kerja. Bab pot pet pot pet pasal boss, tak ada lah pulak sebab boss saya ni @ cousin saya sendiri. Memang baik hati dan suka tolong diwaktu susah. Yg sedihnya bila time dia susah...ke mana hala tuju dia nak mengadu, hanya pada isteri yang taat setia padanya sahaja yang selalu dicurah segala perasaan dihati.
akak, cantik la kek tuu..saya suka