Macam mana dengan hujung kali ini? Banyak jemputan perlu dipenuhi? Alhamdulillah...murah rezeki. Memang patut pun kita memberatkan jemputan orang. Besar hati tuan rumah tenguk kita sudi meluangkan masa meraikan kenduri mereka. Maklumlah, bukan senang nak mengaturkan sesebuah majlis perkahwinan (atau apa jua majlis sekali pun) kerana ini melibatkan banyak tenaga, masa, wang ringgit dan bermacam-macam pengorbanan lagi.
Dan dalam keadaan semua serba mahal, menyempurnakan sebuah kenduri sudah tentu menelan belanja berpuluh-puluh ribu ringgit. Kalau setakat RM30 ribu tu, boleh dianggap majlis biasa saja. Kalau nak gempar sikit mesti cecah RM50 ribu. Bak kata kawan saya A, duit kenduri anak-anaknya sudah lama diketepikan. Dia menabung sedikit demi sedikit, sejak anak di sekolah menengah rendah lagi.
Itulah duit untuk beli beras, ayam, daging, gula, dan segala macam maknika benda. Jadi, kalau anda menerima jemputan dan sudah pun berjanji untuk menghadirinya, jangan sesekali memungkirinya. Dah jatuh berdosa tu. Tak amanah. Cuba bayangkan kalau majlis anda sendiri diperlekehkan orang sesuka hati, sedih tak? Kita dah keluarkan duit berpuluh ribu, tapi jika ramai di kalangan jemputan bersikap acuh tak acuh, apa akan jadi dengan majlis tuan rumah? Kalau dia undang 1000, tapi yang datang cuma 500 saja...alahai, kesiannya. Bukan soal membazir duit saja, tapi habis jatuh air muka dan moral tuan rumah. Jadi, sekali lagi disarankan, jika dalam keadaan macam mana sekali pun jangan mungkir janji ya.
Ok, bercakap pasal kenduri kahwin ni juga, kek dan cupcakes adalah pilihan paling popular di kalangan pengantin untuk dijadikan bingkisan istimewa -- hantaran buat yang tercinta. Jadi, kali ini saya papar gambar kelas dekorasi yang sempat dianjurkan baru-baru ini. Lagipun dah lama juga saya tak bercerita mengenai kelas dekorasi saya. Kebanyakan yang menghadiri kelas kali ini ialah emak, adik dan kakak yang mahu menyediakan sendiri kek untuk raja sehari tercinta.

Misalnya, kak Siti Aisyah ni..... berhajat sangat hendak menghadiahkan adik bongsunya dengan kek berbentuk beg tangan. Dia nak surprise adiknya dengan kek yang sangat cantik ini. Kata Kak SIti Aisyah, dah lama dia belek-belek kek bentuk beg tangan ni kat blog saya, akhirnya tercapai juga hajatnya untuk mencuba bakatnya menatarias sendiri kek yang dihajati. Dan pasti adik ipar (0rang Terengganu) itu terkesima melihat kek beg tangan hasil karya kakak iparnya ini. Kalau nak tahu, untuk kelas handbag ini, saya sediakan semua bahan -- kek, fondant dan gum paste, berserta resepi dan cara memasak fondant dan gum paste. Ini adalah teknik paling asas dan dengan teknik ini, berilah bentuk beg macam mana pun, saya jamin anda tahu mengaplikasinya dalam pembuatan kek beg tangan yang diingini.
Ok, ini pula kek fondat hasil karya kak Som. Sebenarnya, kekandaku ini sudah banyak bertandang ke rumah saya demi memenuhi keterujaan hatinya menghias bermacam rupa kek. Kali ini Kak Som memilih kek fondant (stacked) dengan bungan gum paste. Jadi, saya berikan beberapa teknik membuat bunga selain cara menggunakan acuan renda untuk mencantikkan lagi kek kita itu.

Kelas Dekorasi Cupcakes
Kali ini kelas saya dihadiri oleh Siti Monaliza,
....dan sama seperti kelas cake, bahan untuk Kelas Dekorasi Cupcakes juga saya sediakan. Peserta datang lenggang kangkung sahaja dan berpeluang mempelajari 12 bentuk toppers + resepi homemade fondant. Saya hanya menganjurkan kelas ini sekali sebulan sahaja. Jadi sesiapa yang benar-benar berhajat saja dialu-alukan mendaftar untuk kelas ini.
Ok, setakat ini dulu. Akhir kalam, saya harap ibu bapa perlu lebih berhati-hati dengan keselamatan anak-anak kita terutama yang masih kecil. Berita perdana tadi melaporkan mengenai murid 8 tahun dirogol di tandas sekolahnya. Sedih saya mendengar berita ini, Ngilu rasa hati. Kasihan anak itu. Berdoalah semoga anak kita sentiasa dilindungi daripada menjadi mangsa kejahatan manusia.
sampai jumpa lagi, wassalam
JUN
USJ, Subang Jaya.
No comments:
Post a Comment