Followers

Tuesday, May 24, 2011

Syurga Idaman Rizalman

Salam semua

Malam ini, akhirnya dapat juga saya menunaikan janji untuk memaparkan gambar terbaru kediaman pereka fesyen berbakat dan sangat popular, Rizalman Ibrahim. Lihatlah betapa indahnya garapannya. Tatkala saya menjejakkan kaki di lamannya, saya sudah terkesima. Cantiknya reka bentuk luaran, tidak sabar hendak menatap keindahan senihias dalaman.


Lantai marmar putih berkilau menyambut kedatangan kami -- saya, Alia, Ketua Pengarang Glam, Aida Osman dan anakandanya. Mata menyapa seluruh laman. Manis tersusun setiap perhiasan. Rizalman menyambut dengan senyuman. Berpeluh juga dia menunggu kami sebenarnya sebab janji 12.30 tapi sampai menjelang 1.00 tengah hari.


Ya! Undangan bersambut dan salam pun bertaut. Melewati pintu utama, ruang tamu yang tersergam indah sudah pun menunggu. Dan, kami sekali lagi terpaku.


"Cantiknya Rizal...." itulah saja yang terpacul.


Tiada kata-kata yang dapat menggambar sebuah karya seni yang terungkap dalam sebuah kediaman yang dihias dengan penuh teliti. Kata Rizalman, konsep moden klasik menjadi pilihannya kali ini. Dibias kemewahan yang tiada tandingan, berbaloi dengan proses ubahsuaian yang melepasi angka jutaan. Bak kata orang, kalau ada wang, semua boleh dibayang. Kalau ada duit, semua boleh dikuit. Apapun, tidak perlulah saya berkias berlebih-lebihan, kerana melihat sendiri semua gambar ini lebih memuaskan hati.


Dan andainya malam ini ingin bermimpi, bayangkanlah seolah-olah kita berada di kediaman mewah ini.


:-))
captions: Kerusi santai Ralph Lauren menghiasi sudut di sebelah ruang tamu. Hebat berdinding kaca sepenuhnya, bidai putih menjadi penyeri dan pelindung biasan cahaya mentari.



captions: Ruang tamu di aras satu dengan perabot dan susun atur yang sungguh anggun dengan idea yang sangat segar, very Rizalman Ibrahim.


captions: Perhiasan dipilih teliti agar setiap satu erat berpadu dengan imej yang diingini.

Captions: Kalau habiskan masa lama-lama di dalam powder room ini pun tak apa. Cantik sangat, bersih berseri-seri dengan kilauan marmar putih menambat hati.


Captions: Mini library di sebelah ruang tamu, juga di aras satu.



captions: Alia, Aida, Rizalman dan tetamu kecil lain mengabadi kenangan di tangga menuju ke ruang makan dan dapur yang terletak di aras dua. Unikkan?


captions: Saya suka sangat sudut santai di sebelah ruang makan ini. Bersempadan dinding kaca dengan tabir tebal, penghadap cahaya.

captions: Saya panggil dapur Rizalman ni Dapur Pintar sebab banyak menggunakan sensor dan sentuhan saja termasuk paip di singki yang boleh dikawal suhu panas sejuk dan tong sampah yang terbuka apa kita menghulurkan tangan sebab ada motion sensor. Jangan ditanya berapakan yang Rizalman belanjakan untuk kabinet dapur ini ya...kerana harganya membuatkan saya tak habis fikir..... (tiba-tiba terasa pula betapa bertuahnya maid Rizalman kerana berpeluang menikmati dapur seanggun ini)
captions: Rizalman sangat sayang intan payung tunggalnya ini, anakanda Umar Nail.



captions: acara wajib...berposing dengan penuh sukacita di ruang dapur yang sangat anggun bergaya.












captions: ...sampai bertemu lagi ya Rizalman. Terima kasih kerana sudi jemput dan masak untuk kami.

11 comments:

Fazlinil Irma said...

beruntung akak dapat melihat rumah baru rizalman. sy pun teruja tengok dapur canggih dia. sehari di dapur pun tak terasa boring. macam2 nak buat. :)

boxhousestudio said...

assalamualaikum jun....

terima kasih kongsi cerita...
BHS memang dari dulu suka sama rizalman....ingat lagi kebaya moden kelabu dia masa tu BHS joint seminar grooming yang dia jadi jurucakapnya...dari situ terus BHS ikuti perkembangannya....sehinggalah dia mengikuti umrah bersama andalusia...dan last BHS jumpa masa perasmian butek puteh...BHS join cogankatanya hingga menjadi salah seorang yang berjaya menyertai fashion show puteh...Alhamdulillah....dapat jumpa anak manja nya tu....Alhamdulillah....ti kirimsalam kat Rizalman ya...kata boxhousestudio kirimsalam...hopefully cupcakes chocolate yang BHS titipkan buat anaknya menepati selera....segan ngan Rizalman ni...^_*....sempat bergambar dengannya...tersama le pulak BHS jubah hitam dia t shirt hitam....Rizalman sangat-sangat menghormati orang...syukurlah...sangat-sangat menyenangi Rizalman....down to earth...keep it up ya Rizalman....

jun...sorry...terpanjang....hee...

NenekPenne said...

kalau kita rasa terpegun dengan rumahnya apatah lagi dengan dirinya sendiri kan?

adakah dia terfikir akan berjaya begini dan hidup mewah begini semasa menjadi student art and design di Uitm? rasanya tidak kan...

tapi tulah rezeki menyebelahi dia.. syukur... apapun terima kasih kepada Uitm kerana melahirkan pereka fashion yang berjaya seperti Rizalman...

hidup Uitm..eh tetiba...ha ha ha

eni osman said...

salam kak....saya kalau dapat dapur macam Rizalman ni saya tak masak kak ....he he....sayang kak oii...saya ingat mau main pakai order saja ni...he he...

zuwaidah said...

memang cantiknyaaaaa..terpegun..rumah lama pun cantik..rumah baru lagi laaaa cantik. memang rizalman citarasa tinggi dan mewah...sangat2 terpegun melihatnya. akak beruntong dapat visit rumah dia kan.

Oh Oeya said...

Assalamualaikum K'Jun.. mewah rezeki K'Jun, Amin.
Bila seorang bernama Rizalman ini meluah idea, bukan hanya berkenaan pakaian, saya dpt rasa hebatnya.. lihat saja hasiltangan beliau.. usah dipertikai.. K'Jun kan..
Hanya yang terbaik utk K'Jun dan Rizalman, Amin.

cupcakekasih said...

FAZLINIL: Memang kalau dpt dapur macam tu...memang makinbyk ler aktiviti memasak...baru puas hati...

BHS: O...peminat Rizalman rupa-rupanya. Jun kenal Rizalman pun masa kerja Jelita, way back in 1993. Dia baru grad...and I featured his final project utk grad tu dalam Jelita...shoot kat Carcosa Sri Negara...begitulah ceritanya.

cupcakekasih said...

NenekPenne: Seronok tenguk anak Melayu bejaya kan? kita support 150%...dan juga kepada UiTM semestinya..yang melahirkan byk anak bumiputera berbakat dan berdayausaha

cupcakekasih said...

EniOsman: Kenapa pulak tak masak? Takut calar ya. Kalau kak Jun, dapur cantik macam ni...tetap nak buat juga dapur basah..sebab kak Jun ni kalau masak suka sepah-sepah...ketuk sana ketuk sini, baru terasa macam 'hebat betul aku memasak'. Jadi dapur lawa ni utk pameran jer. Anak pun tak boleh kasi sepah2kan dapur. jenuh o...nak kumpur RM150k...

cupcakekasih said...

ZUWAIDAH dan Oh Eya...kak Jun ni dulu masa kat Jelita suka buat assignment shoot utk house decor. Terpegun tenguk citarasa org yang ada citarasa tingg dan menghargai seni. Tapi rumah Rizalman ni ...ada cetusan yang sangat unggul. Bukan tak pernah masuk rumah lain yang cun, tapi aura dalam rumah tu...sungguh berlainan. Kak Jun tatap setiap sudut.Besar sungguh rezeki Allah utk dia....ku tumpang gembira.

juanita said...

aduhh...jeles nye tgk dapur dia..huhuh...