Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Sunday, May 15, 2011

Ahad Indah

Salam semua,

Saya ni pantang tenguk cuaca pagi yang cantik, cerah, dingin dengan langit yang bersih biru. Mulalah saya berangan-angan nak breakfast di tempat yang ada taman, ada burung berkicauan, dengan hembusan angin nyaman. Tapi, kat KL ni mana ada tempat bagai diimpi. Saya dan encik Suami dah puas ronda-ronda ke seluruh empat penjuru Lembah Klang ni, tapi tak jumpa yang berkenan di hati.


Jadi, hari ini, selepas berminggu-minggu mengangankan sebuah sarapan yang sangat santai, maka akhirnya saya sendiri yang atur majlis sendiri. Saya ajak kawan saya, Aida, yang memang suka idea macam ni, jadi sekejap saja taman kosong di depan rumah saya tu berubah menjadi mini party.







Ok, untuk hidangannya tak susah. Semuanya dah memang ada, jadi tinggal diadun 1,2,3...dah siap. Bab-bab menyediakan juadah dalam tempuh 30 minit ni memang saya pakar. Tipsnya mudah saja, sebahagian bahan-bahan penting untuk memasak seperti bawang, cili, halia dan dan bawang putih sudah dikupas, ditumbuk atau dikisar halus mengikut keperluan seminggu. Bawang besar biasanya akan dikupas dalam 10 biji, basuh bersih dan simpan dalam bekas kedap udara, di dalam peti sejuk. Cili kisar tak pernah beli dikedai sebab saya cuba meminimumkan pencemaran bahan pengawet dalam perut kami anak beranak. Lagi pun tak tau tahap kebersihannya.


Biasanya, cili kering akan digunting, disaring bijinya, dibasuh dan dibilas bersih, kemudian direbus sampai lembut dan dikisar sampai lumat serta dimasukkan sesudu kecil minyak masak agar lebih moist dan tidak cepat mengering jika disimpan lama dalam peti sejuk.


Daging untuk rencah mee atau sayur-mayur sudah direbus lebih awal dan air rebusan disimpan dalam bekas kecil anggaran secawan/sekali masak sebab saya tak suka pakai sebarang perisa. Stok itu saya simpan di bahagian beku. Sebenarnya emak saya yang ajar semua petua ini sebab dulu dia selalu ke rumah anak-anak di KL. Jadi ketika itu adik bongsu saya masih belum berkahwin. Emak akan masak segala jenis kuah -- sup, kari, gulai lemak atau asam pedas. kemudian dia akan letak dalam bekas dan simpan kat bahagian beku. Adik cuma akan masak nasi dan panaskan saja kuah tu. Ada kuah dah berisi ada kuah kosong. Jadi kalau yang kosong tu, adik akan masukkan ayam, ikan atau daging....ikut citarasa sendiri.


Jadi, pagi tadi sekitar jam 7, saya bancuh adunan roti jala, adun doh karipap, nyah beku inti karipap yang sudah dibuat awal seminggu serta merendam mihun.


Jadi, menjelang jam 7.45 pagi hidangan ini sudah dapat disusun atur di meja yang sudah pun disiapkan oleh encik Suami.

Resepi Cream Puff

240 ml air kosong
100 g mentega
130 g tepung gandum
secubit garam
3 biji telur
1/2 camca teh gula castor (optional)

Cara
1. Panaskan air dengan api perlahan.
2. Masukkan mentega. Biar cair sepenuhnya.
3. Masukkan secubit garam dalam tepung.
4. Masukkan tepung gandum dalam adunan air dan mentega yang sedang menggelegak itu. Kacau dengan sudip kayu, sampai tepung tidak melekat pada periuk.
5. Tutup api. Biarkan adunan ini suam (boleh dicuit-cuit dengan jari).
6. Masukkan telur sambil diputar dengan pemutar elektrik, satu persatu dengan kelajuan sederhana sampai adunan menjadi likat.
7. Masukkan dalam piping bag dengan nozel bermuncung bintang tertutup size L.
8. Pipe cantik-cantik atas loyang pembakar yang sudah disapu minyak/butter. Biasanya saya buat spiral, macam simpul sanggul.
9. Bakar dalam oven yang sudah dipanaskan terlebih dahulu. Suhu 160 darjah selsius untuk 20 minit atau sampai masak - coklat keemasan.




captions: Cream Puff berinti kastad dan cream cheese. Senang saja nak adun cream puff ni. Dan bagi saya inilah juadah tersenang dan teranggun yang kita boleh sediakan kalau ada tetamu yang tiba-tiba muncul depan pintu tanpa memberitahu terlebih dahulu.


Resepi Kastad

1 1/2 cawan cc susu segar/ susu cair
2 sudu besar tepung gandum
75 g gula
1 1/2 sudu besar jagung
4 biji telur kuning
2 sudu besar mentega
sedikit esen vanila

Cara membuatnya
1. Letak susu dalam periuk.
2. Panaskan lebih kurang lima minit.
3. Satukan tepung, gula dan tepung jagung. Dan masukkan ke dalam periuk tadi. Kacau sebati.
4. Masukkan kuning telur satu demi satu, sambil mengacau adunan. Kemudian masukkan mentega. Terus gaul sampai likat. Tutup api.
5. Paip inti kastad ini ke dalam cream puff tadi.



Ini mihun saya yang sedap. Resepi, macam biasa ya -- bawang besar, bawang kecil, bawang putih dan halia. Anggar sendiri berapa kati yang kita suka. Cili mesin dalam tiga sudu besar saja tapi kalau nak rasa yang lebih mantap, mesti diletakkan sesudu dua (besar) taucu dan udang kering, yang sudah direndam dalam air panas sampai kembang dan ditumbuk lumat.


Saya juga suka menambah perisa dengan memasukkan sebiji tomato yang dibelah lapan atau 10. Saya tak pakai sos perisa dalam botol. Pastikan setiap kali menumis, bahan itu masak satu persatu, baru dimasukkan bahan seterusnya. Misalnya, kalau tumis adunan bawang besar + bawang putih + halia, apabila semua dah garing sedikit, baru dimasukkan bahan berikutnya. Jangan main campak semua sekali serentak, kacau lebih kurang, lepas tu terus masukkan bahan utama. Jadi, apabila rencah tidak masak betul, akan menyebabkan masakan tadi hilang kesedapan atau kenikmatannya. Timbul rasa payau atau apa-apa saja.




caption: Roti jala ni pun senang dibuatnya, tepung gandum 2 cawan, air secawan lebih (agak sendiri kelikatannya), sebiji telur dan blend sampai sebati. Saya guna pewarna kuning sebab serbuk kunyit menjadikan bau/rasa semacam. Kawan saya Aida, sponsor nasi dagang...sangat sedap.

Ini pula macaroon saya yang sangat sedap itu dan saya rasa ini antara macaroon saya yang tercantik. Resepinya seperti berikut:

95 g putih telur
45 g gula castor
150 badam hancur (halus)
200 g gula aising

Cara membuatnya

1. Pukul putih telur sampai gebu. Selang seli dengan gula castor.
2. Ayak gula aising + badam hancur.
3. Masukkan putih telur yang sudah putih gebu itu ke dalam adunan badam + gula aising. Sampai sebati. Masukkan pewarna.
4. Masukkan adunan dalam piping bag yang sudah dipasang nozel bermuncung bulat sebesar siling 10 sen.
5. Pipe adunan pada loyang yang sudah dilapik dengan kertas minyak atau pelapik silikon.
6. Biarkan beberapa minit, baru dimasukkan dalam oven yang sudah dipanaskan terlebih dahulu. Suhu 160 darjah selsius, selama 20 minit atau sampai masak.



Jadi, akhir kalam...raikan hidupmu.

7 comments:

eni osman said...

salam kak june...ilham dan idea yg bagus...dah lama nak praktikkan breakfast macam ni...cukup suka tgk gambar gambar ttg table setting ni...tq kak june..

zuwaidah said...

kak june, bestnya mcm style english breakfast. sekali sekala syok kan.

NajTheCuppiesMaker said...

Nice kak June,btw kak June buat macarons Guna candy thermometer x?

MUMMY CHOP MINT said...

askm...
i love your blog..buat rasa laparrr. hehehe..thanx for giving me an idea how to make meal time more cheerful for me and kids.

SyEraa said...

aunty ni pandai sungguh la!!!!! cream puff tu meleleh air liur syera tgk...wuuuuuuu syera follow blog sedap ni!

p/s : aunty cantik nk interview ap pon buleh *_*

boxhousestudio said...

assalamualikum warohmatullah hiwabarokatuh wahai jun yang sangat tekun orangnya...alhamdulillah...

BHS suka setting high tea di taman ni

BHS suka mac tu...

BHs ucap trima kasih kongsi resepi mac tu

Salam penuh ingatan dari BHS di sini

moga suatu hari nanti dapat bertemu...Insya ALLAH ya...

boxhousestudio said...

alla la la...ingat high tea rupanya morning coffee....cekapnya Jun...terima kasih kongsi tips tu....ahaks...suka bangat....muah....