Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Sunday, April 24, 2011

Dekorasi Pengubat Sepi

Salam semua,

Sebuah lagi minggu bermula, penuh cabaran. Kita tidak tahu apakah agaknya cerita minggu ini. Apapun, seperti cuaca yang sukar diramal, begitulah juga jadual harian kita. Isnin lalu, saya menjangkakan begini...begini dan begini. Tapi mana saya tahu menjelang Rabu, saya demam dan ketika baru nak kebah menjelang Sabtu, kami sekeluarga terima satu lagi berita yang tidak terduga. Bapa suami meninggal dunia. Bergegaslah kami balik Melaka.


Berlalu sebuah lagi minggu.


Jadi, hari ini dalam keadaan alam pun mendung, seolah-olah macam berkabung, saya mula merancang beberapa projek kerana sejak akhir akhir ini cuaca pun macam hendak 'menangis' saja. Pagi panas, tengah hari mendung dan menjelang petang gegak gempita seluruh alam dengan petir sabung menyabung. Hujan menegendala banyak kerja. Kalau diikutkan cuaca, banyak kerja tak jadi. Wireless pun selalu terganggu dan membantutkan semangat hendak bercerita panjang di blog.


Bunga ros fondant yang cantik digubah, habis layu. Macam hati saya juga. Maklumlah, dapat berita sedih ...lepas satu...satu. Projek macaroon pun tak dapat nak diteruskan. Keadaan ini yang membuatkan saya tidak berminat hendak menganjurkan kelas (macaroon). Nanti kalau semua dah datang, bahan sudah diadun cantik. Tau tau hujan lebat datang tanpa salam. Habis semua macaroon jadi biskut saja. Hem....! Jadi, ku simpan dulu hasrat itu.


Mujurlah kelas dekorasi bunga gum paste tadi dapat disempurnakan seperti terencana. Kalau tidak, lagilah saya boring menghadapi pagi yang sepi. Dan bersama-sama ini saya masukkan dulu gambar Hanizam dan Farah + beberapa kelas yang saya sempat ladeni minggu lepas. Cuma satu sahaja gambar cun yang tak dapat saya masukkan kerana memory card Nikon tu entah sembunyi di mana. "Sorry ya Rosnah, nanti kalau dah jumpa, I masukkan gambar you kat sini ya."


caption: Hanizam dan Farah dengan karya bunga gum paste masing-masing :-))



Dan, bagi sesiapa yang berminat dengan bidang dekorasi kek tapi rasa cuak nak cuba sebab takut tak menjadi, Shida ada cerita sebaliknya.... sebuah kek Princess kembang setaman. Siapa pun pasti tak menyangka yang Shida ini langsung tak ada asas dekorasi. Rupa-rupanya, dia baru hendak berjinak-jinak dengan segala-galanya -- buttercream, fondant dan gum paste.



Dan hasilnya.....cantikkan? Semuanya boleh kalau dah minat. Janji kita kena belajar teknik merias yang betul dan hasilnya pasti tak mengecewakan.





Selain belajar merias, saya turut mengajarnya menyediakan home made fondant. Lebih menjimatkan dan lebih memudahkan kerja. Maklumlah, kalau hendak buat kek yang besar mewah berbalut fondant, memang tak cukup sekampit fondant 'segera' itu. Lagipun, sungguh tidak menjimatkan.



Harga sekampit fondant segera yang tak sampai sekilo itu, boleh digunakan membeli bahan-bahan untuk empat kilo home made fondant. Kalau kehabisan stock di tengah malam buta pun kita tidak akan gelabah. Memasaknnya sekejap sahaja -- kurang dari 30 minit, siap untuk dicanai dan dibentuk segala rupa toppers yang kita suka.


Dan yang tersenyum ini pula ialah Norhaiza, dari Putrajaya. Kata Norhaiza, dia suka makan cupcakes tapi susah sangat hendak mendapatkannya pada bila-bila masa sahaja. Maknanya, tak banyak kedai menjual cupcakes....! Semua kena tempah. Jadi, lebih baik belajar memasak dan merias sendiri.



Akhir kalam, selamat malam semua.

No comments: