Followers

Thursday, April 21, 2011

Cepatlah Buka Blog

...ya Linda....ya!

Salam semua,

Sejak Rabu, jadual saya berubah dua, tiga kali. Itulah namanya manusia. Apa yang kita rancang tak semestinya akan termaktub dalam sejarah seperti yang kita cita cipta sebab perubahan boleh berlaku kerana hal yang tidak terduga. Ok, awalnya saya nak kena prepare bahan-bahan untuk kelas tapi dek kerana demam datang mendadak, jadi kelas dengan Haslinda terpaksa ditunda. Seharian saya berehat dan baru semalam lega. Dan hari ini baru kebah.


Tapi, walaupun demam belum lega sepenuhnya, semalam saya berjaya juga menyiapkan dua dulang macaroon. Rasa bersemangat pula selepas menziarah kakak saya, Kak Ida (blogger 1001 Resepi). Sebenarnya tak rancang pun. Tapi semasa saling berbalas komen via FB, dia ajak bersarapan di rumahnya.


Bak kata orang tu, kerja sendiri ni, bolehlah ambil cuti sesuka hati. Kalau malas kerja terus pun tak apa. Jadi, sebaik sahaj dapat mesej, tanpa berlengah-lengah lagi saya pun terus hidup enjin kereta, menuju ke Sungai Penchala. Dalam tempuh 25 minit, dah terpacak depan pagar rumahnya. Lagipun pada petang Rabu tu, angin kencang sangat di Sungai Pencala, dan kak Ida kata ada banyak pokok tumbang. Jadi teringin juga menenguk keadaannya. Maklumlah mahligai kakak saya ni dibina di celah-celah hutan yang dingin menghijau. Ala-ala berjiran dengan Maya Karin gitu. Memang suasana nyaman, macam duduk kat resort di Janda Baik saja...sepi nyaman di pinggiran bukit. Dulu, pernah juga Afdlin Shauki shooting filem kat rumah Kak Ida untuk filem Los and Faun. Tak tahu babak mana satu... tapi ada scene AC Mizal. Apapun, sejak filem tu, kak Ida dah malas nak izinkan sesiapapun shooting di kediamannya walaupun ada banyak permintaan. Mungkin tak ada privacy kot. Kalau nak tahu, baca lebih lanjut di blog kak Ida ya.


Apapun, berbalik hal jadual saya....Insyaallah, esok saya akan kembali bertemu Haslinda sebab masih ada lagi kelas yang ingin diikutinya. Gigih betul young mommy ni. Walaupun banyak halangan mendatang...(hanya kau dan aku saja tahu...kan Linda?) tapi dia tak patah semangat. Tetap mahu meneruskan hobi baru ini.


Pada Selasa lalu, Haslinda sudah pun menghabiskan tiga teknik dekorasi sekali gus. Saya pun tak percaya kami boleh menyudahkan dalam tempuh ditetapkan. Tapi, memang kami sama-sama macam berlari di lapangan balapan. Maklumlah, tiga kek sekali gus. Dari A - Z semua siap....lebih kurang tujuh jam.




Kalau sebelum ni Haslinda dah belajar cara menghias cupcakes dan kek fondant (stacked), kali ini dia belajar cara merias kek beg tangan, kek buttercream (basket weave + roses) dan kek Princess.




Walaupun Haslinda kata dia amatur, tapi sebenarnya dia memang cekap buat kerja dan terang hati. Tunjuk sekali, dua...dah ok dah.





Misalnya, buat bunga ros dari butter cream ni, Haslinda kata tak pernah buat. Saya cuma tunjuk sekali saja. Kemudian bagi Haslinda pegang sendiri, terus dia dapat rentaknya. Cuma kekemasannya sahaja yang Haslinda risau sangat....katanya tak macam 'kak Jun buat'. Memanglah, ini adalah pengalaman pertama. Mestilah rasa tak ok. Saya dulu pun macam itu juga. Ada senget benget juga. Dan sekarang ni pun kena terus berlatih untuk buat bunga-bunga lain.


Inilah kek yang dirias Haslinda. Semua bahan saya sediakan...termasuk kek (buttercake tau), dan bahan riasan lain.



Esok, kelas bunga gum paste -- sesi yang paling mencabar. Tapi kalau hasilnya sangat berbaloi. Insyaallah, selepas ini Haslinda boleh proceed to next level. Sama ada nak memulakan business -- sepenuh masa atau secara sambilan -- Haslinda tak perlu ragu-ragu atau panasaran. Apa yang penting, kena buka blog dulu. Ok?!

:-))


Akhir kalam, selamat menyambut hari Jumaat yang indah.

Jun, Cupcakekasih....Subang Jaya.

TEMPAHAN: Sila klik sini
MAKLUMAT KELAS DEKORASI: Klik sini

No comments: