Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Sunday, March 13, 2011

Akhirnya, Sempurna Juga Cita


Assalam semua

Dah lama saya draft story ini, tapi baru hari ini dapat saya edit dan paparkan di dada blog. Sebenarnya, ada banyak perkara berbangkit menyebabkan kerja yang satu ini pun asyik tertangguh berulangkali. Jadi, sebelum basi, lebih baik saya paparkan kisah di kelas dekorasi Cupcakekasih yang berlangsung seminggu lalu. Antara yang menghadirinya ialah Zurailah.




Kalau semua nak tahu, Zurailah ni datang dari jauh -- nun di hujung tanjung. Berbas dari Penang, Zurailah membawa hajat besar. Dia mahu belajar merias kek. Sebenarnya dia tak pernah sentuh fondant. Itulah orang kata, kalau ada kemahuan, walaupun perlu menyeret badan, akan kita cuba juga sampai berjaya. Begitu juga ceritanya dengan Zurailah.


Sebenarnya, saya sangat tersentuh hati mendengar cerita kawan kita ini. Suaminya baru saja disahkan menghidap penyakit jantung. Alahai, kesiannya. Jadi, saya mencadangkan Zurailah mempelajari teknik dekorasi kek fondant kerana kek ini tinggi permintaan. Sesuai sekali untuk dijadikan hantaran dan meraikan hari majlis istimewa. Dan saya juga mencadangkan Zurailah mencari kelas dekorasi di Penang... lebih dekat dengan tempat tinggalnya. Kat Alor Star pun ada... (betul tak Fazidah? Cek Mek Zue? Ataupun kat Ellianas. Cik kak ini pun pakar juga. Nanti Zurailah contact depa ya). Apapun, saya memang betul-betul berharap Zurailah akan berjaya kerana bidang dekorasi kek ni nak dikatakan susah pun tidak. Nak kata mudah sangat pun tidak. Tapi kalau betul-betul berminat... apa pun kita boleh buat. Kalau tak percaya, cuba ya.


*******



Ini pula Haniem.

Sebenarnya Haniem ini midnite baker. Dek kerana minta, Haniem sanggup 'curi' masa untuk mengadun cream dan fondant pada sebelah malam dan hujung. Kata Haniem, tugas sebagai akauntan memang memenatkan. Kadang-kadang kena kerja pada hujung minggu...berkali-kali juga sebulan.





Kalau nak tahu, Haniem pernah menghadiri kelas dekorasi cupcakes dan kini dia memilih kelas dekorasi bunga gum paste pula.



Ini Asqina. Datang dari jauh -- Brunei! Dia berhajat benar mempelajari teknik dekorasi bunga. Asqina sudah membuat janji temu sejak awal Januari lagi. Kata orang, kalau hati dah suka, kita sangup buat apa sahaja. Sehari suntuk 'berkampung' di rumah saya, Asqina puas hati benar dengan hasil karyanya. Siapa kata susah menggubah bunga gum paste. Kalau kena gaya...tekniknya, benda yang susah pasti menjadi mudah.




caption: Asqina dan jambangan bunganya.





Ini pula Sue dan kak Jay. Memang meletihkan kelas kali ini bagi kedua-dua peserta kerana dalam tempuh dua hari, mereka perlu membuat empat perkara -- bunga gum paste, teknik menggubah/merias stacked cake, novelty cake dan Princess cakes.



captions: Penat duduk, berdiri...bunga tetap dibelek-belek, digubah sepenuh hati. Betul tak Kak Jay?


Kata kak Jay, selepas belajar bunga gum paste tempuh hari, dia demam. Maklumlah, kelas intensif...jadi saya sentiasa mengerah tenaga. Pegang sekejap satu kek, kena tukar kek lain. Change...change...change. Kalau tak buat macam tu, memang tak sempat nak cover semua perkara yang sudah disusun atur untuk peserta. Nanti kek/bunga tak siap... saya juga yang terasa bersalah.



Betul tak?



OK, gambar bawah ni pula kelas bunga gum paste yang dihadiri Kak Jay, Nurul dan Shashu (Sugarpink Icing). Biasanya kalau kelas bunga gum paste ni memang serius sikit suasananya sebab banyak bunga nak dibuat. Dari pagi sampai hujung petang, tak banyak masa yang boleh diluang. Nak makan dan solat pun cuma boleh berhenti sekejap.







Tapi pada penghujung hari, apabila semua kelopak bunga sudah kering...dan boleh diikat satu persatu, sehingga menjadi sekumtum puspa yang cantik....hati yang mencuka pun berubah suka. "Tak percayakan...kita buat ni?" Itu antara ayat lazim...yang dah berulangkali saya dengar di kelas ini.


Suka.


Berbalik cerita kak Jay dan Sue. Inilah hasil karya mereka -- kek Princess, kek hantaran (fondant/stacked) dan novelty cake. Jangan tanya macam mana mereka menyudahkannya dalam tempuh sehari suntuk. Saya penat dan mereka pun penat.


Bak kata orang...tak ada masa nak berangan-angan. Semua pegang serba sekejap. Saya dah catu waktu. Selepas balut kek, balut gaun kembang puteri. Selepas itu siapkan segala renda dan perhiasan yang wajib dahulu.


Apabila semua yang major sudah siap, baru buat sentuhan terakhir untuk mencantikkannya. Saya sendiri merasakan hari terlalu pendek. Cemas saja.





Apabila semua berjaya disiapkan, saya melepaskan segala kelelahan. Alhamdulillah.


Kepada Zurailah, Haniem, Asqina, Nurul, Shashue, Kak Jay dan Sue...semoga berjaya. Love you all....and please buat blog dan link dengan Cupcakekasih. Senang kita nak bertanya khabar.

Sampai jumpa lagi, wassalam

JUN

1 comment:

Fatimah Mohd. Asri said...

how i wish i live in KL :(
Kongsi gembira tengok kelas buat bunga kek