Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Tuesday, February 1, 2011

Kelas Bunga Gum Paste

Salam,

Selamat menyambut Hari Wilayah diucapkan kepada semua pembaca dan bersama-sama ini saya paparkan gambar peserta kelas bunga gum paste iaitu Izma dan Rohaya. Kedua-duanya dah lama menjadikan business cake secara on-line ini sebagai pendapatan tambahan (tapi sebenarnya sangat `lebat' seperti hujan).



Mudah sekali mengajar Izma dan Rohaya, sebab mereka sudah biasa menggunakan fondant dan bermaind engan tepung yang penuh berserakan tu. Kalau dilihat pada proses awal pembikinan bunga-bungaan ini memang tak berkenan....penuh bertabur seluruh meja. Tapi apabila dah siap, cantiknya menyejukkan mata memandang.


Izma ...young mummy yang kreatif dan padani menggubah bunga.


Jadi walaupun penat menguli gum paste, hasilnya memang sangat berbeza berbanding bunga fondant yang mudah layu di musim hujan. Kepada yang berminat menyertai kelas ini, sila email saya kerana pendaftaran masih dibuka.


Kelas ini mengajar teknik asas menggunakan dawai sebagai pemegang dan penguat struktur kelopak dan daun dan bunga yang diajar ialah peonies, roses XL, carnation, petunia, Winter Jasmine, Freesia, Daffodil, orchid Morph dan Cymbidium. Resepi gum paste juga akan diberikan serta teknik menyediakan gum paste.



Rohaya dari Seremban. Gembira kerana dapat juga menghasilkan jambangan bunga idamannya.


Sampai jumpa lagi, wasalam

JUN
www.flickr.com/photos/cupcakekasih
cupcakekasih@yahoo.com

3 comments:

SHAFIDA said...

cantiknya...macam bunga betul..huhuhuuhuhuhhuhuhu

tangan saya tak boleh gubah semuatu..keras kekung orang kelantan kata...jadi tukang rumah bolehla kot.
hhehehehehe..

cupcakekasih said...

Shafida,
jangan underestimated bakat dan kebolahan kita. Cuba dulu baru tahu....

♥Noorayub♥ said...

salam... berapa lama kalau saya nk belajar buat bunga sahaja....kek xnk hanya bunga dan jenis bunga2 yg sy nak...