Baiklah, seperti dijanjikan, saya menambah satu lagi cerita tertangguh...sambil menonton cerita Hantu Kak Limah kat ASTRO First. Saja jer taip sambil curi-curi pandang skrin tu sebab rasa ngetor juga tenguk sorang-sorang ni. Walaupun cerita hantu komedi, tapi tetapi ada rasa meremang bulu roma tu.
Kalau deco cake kat dapur sorang-sorang, saya pastikan semua kerja habis by 12 midnite. Saya tak pernah nak berjaga sampai tiga, empat pagi. Letihnya berhari-hari baru hilang. Kalau dulu masa muda-muda, boleh menaip sampai lima pagi. Tidur sejam, dan keesokan harinya boleh pergi office pun tak rasa apa-apa. Letih ke, lesu ke, sleepy ke. Kalau ada assignment, boleh drive satu KL lagi mencari alamat. Kadang-kadang sesat barat juga. Maklumlah dulu mana ada hand phone untuk minta tunjuk arah. GPS jauh sekali. KAlau sesat tu memang penat dibuatnya. Tapi bila balik dari office, boleh kemas rumah, masak and jaga anak + boleh stay-up lagi sampai ke dini hari.
Sekarang ni tak berani nak paksa diri. Walau banyak mana sekali pun kek yang perlu dirias, saya tetap akan tutup lampu by midnite. Dan kerana itu jugalah saya tak boleh terima tempahan lebih dari apa yang saya termampu. Lagi pun, apa yang masih saya buat masih tahap hobi. Merias kek ini satu terapi. Hilang sakit kepala kalau kita buat dengan lapang dada. Tapi kalau kerana nak pulun semua, itu yang buat sakit satu badan.
Lagi pun azam tahun Arnab ni nak sihat sejahtera. Ingat lagi awal tahun lalu, saya sambut di hospital. Terpaksa buat pembedahan akibat kompliaksi dalam perut. Masa tu baru kita tahu, antara kesihatan dan wang ringgit, mana yang lebih berharga.
Oklah, sampai sini dulu. Ngankung dan Hantu Mak Limah pun dah tamat. Akak nak tidur dulu kerana esok ada kelas dekorasi kek Princess dengan Asmah. Sebenarnya, Asmah pernah menghadiri kelas dekorasi cupcakes dua, tiga minggu lepas. Sukanya hati Asmah kerana dia terima order cupcakes selepas 24 jam belajar dekorasi. Dan, sekarang ni bertambah semangat lagi sebab dah dapat order kek Princess pula.
Jadi, akhir kalam, sesiapa yang sudah mengirim email untuk mengesahkan tempat untuk kelas berikutnya, Insyaallah saya akan balas sebaik sahaja hari yang panjang esok berlalu. Dan saya paparkan juga gambar Shikin yang teringin belajar kelas dekorasi kek Princess. Dia ingin menghadiahkan kek Princess bersempena harijadi anaknya.
wasalam.

No comments:
Post a Comment