Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Monday, January 10, 2011

Selamat Harijadi Cupcakekasih

Salam semua,

Tahun 2011 sudah lebih seminggu meninggalkan kita, dan saya pasti dalam tempuh sekejap ini pun pasti ramai yang mengalami peristiwa yang sungguh berbekas di hati. Dan mungkin juga kejutan itu meninggalkan kesan mendalam dalam hidup mereka sehingga terpaksa mengubah corak hidup untuk selama-lamanya. Secara peribadi, saya lalui minggu pertama di tahun baru dengan rutin biasa sahaja, tapi sedikit terpana dengan berita kematian teman sekelas semasa di UITM dahulu, Allahyarhamah Faezah Abdul Manan. Kami baru saja bertemu kembali di FB dan sedang seronok bertukar cerita -- chatting dan komen itu dan ini. Tau-tau saja, pada pagi Ahad, 2 Januari lalu saya mendapat sms dari kawan, Jasni, yang Faezah sudah pergi. Allahuakhbar! Saya terkedu. Alfatihah untuk Faezah.


Apapun, hidup mesti diteruskan. Dan, bagi menghadapi perjalanan yang lebih panjang, saya sudah merencanakan target untuk tahun ini. Saya rasa, hijrah terbesar yang saya lakukan ialah pada 2007, apabila tiba-tiba saja cinta saya beraleh arah dari dunia penulisan ke bidang hiasan kek dan cupcakes. Langkah pertama saya pada 2008 dahulu membawa saya sejauh ini. Dan semalam, 9 Jan 2011, Cupcakekasih genap tiga tahun. Alhamdulillah.

captions: ini antara koleksi karya terawal saya. Kalau saya mati akal atau rasa macam putus semangat, pasti saya kembali menyusuri jalan kenangan ini. Pasti jiwa membara semula.


Ya! jika diulang tayang, memang tak tercapai dek akal. Macam mana saya boleh menjadi artisan cake? Seumur hidup, saya hanya melihat dunia kewartawanan saja yang terhebat, terindah dan terbaik. Tapi apabila minda saya keluar dari 'kotak' itu, saya bertemu dimensi baru dan sekarang saya berada dalam dua lingkungan yang berbeza... tapi kedua-duanya sangat menggembirakan hati. Ketika mula-mula belajar merias cupcakes tiga tahun lalu, saya hanya mahu mencuba hobi baru saja. Tapi tak sangka pula akhinnya saya sendiri berupaya menganjur kelas dekorasi. Antara pendorong utama saya ialah Chef Asma. Thanks ya dinda Asma.


Sebenarnya, saya mula menganjurkan kelas pada Januari 2009 dan peserta pertama ialah Bella. Tak tahu di mana dia sekarang. Kalau terbaca catatan kenangan kak Jun ni, sila tinggal jejak di chat box ya. Selepas beberapa sesi kelas basic deco, saya anjur kelas dekorasi kek, figurin, dan kini macam-macam ada. Cuma masa dan tenaga saja yang kena catu. Kalau tidak mesti saya boleh tekan gear satu!


Jadi kepada Norhayati dan Shima, jangan ragu-ragu tau. Kalau rasa dah tak larat nak kerja di kantor, maka sekarang masa terbaik untuk rancang strategi bisnis tu. Biar semuanya teratur. Awal tahun adalah yang terbaik untuk memulakan langkah baru. Kalau rasa tak sesuai, atau tiba-tiba rasa dah tepu, boleh mencuba bidang lain pula. Apa nak dirisaukan. Masih muda, masih banyak masa untuk bereksperimen.


Saya dahulu macam tu juga. Suka mencari hobi baru. Boleh dikatakan setiap dua, tiga tahun, saya mesti buat perkara baru tapi semua mesti ada kaitan dengan seni kraf. Saya pernah jadi mekap artis + dan menjalankan bisnis sewaan baju pengantin, anjur kelas sulam manik, belajar menjahit dan saknika benda lagilah. Tapi nampaknya kali ini sebagai cake artist, saya masih belum benar-benar puas hati. Kata orang tu, belum muak lagi. Penat ada...letih ada...murung pun ada. Tapi rasa jelak itu tidaklah sampai rasa tak boleh tenguk dah fondant, kek dan krim tu.


Jadi, azam untuk 2011 masih berkaitan dunia baking juga. Hem, rancangan tu memang banyak cuma nak kena hati-hati melaksanakannya. Ada juga kawan yang ajak cuba bidang lain, tapi saya malas dah nak keluar macam dulu. Jemu dan letih dengan kesesakan di KL tu. Rasa-rasanya dah lima tahun saya tak ke Jalan TAR dan area Bukit Bintang. Kalau dahulu, itulah playground saya. Masa saya banyak dihabiskan di jalanraya. Saya dah memandu dalam semua keadaan -- tenang, lengang, banjir, ribut, subuh, tengah malam..... rembang tengah hari...just name it. kemalangan, tayar pancit, berdepan dengan road bully, driver yang ganas atau slow macam siput, smeuanya saya dah rasa, saya dah jumpa. Kalau mengandung sampai nak pecah air ketuban pun, selagi belum bercuti, saya kena juga drive sorang diri mencari berita. Oh! Tak tahu macam mana dahulu saya boleh tolerate semua itu.


Segala ceruk dan lorong saya redah. Dulu mana ada GPS, dan kadang-kadang tu saya cuma tahu landmark atau nombor lot saja. Insyaallah saya boleh jumpa. Setinggan mana saya tak pergi? Kubur mana saya tak cari?Tukang mandi jenazah di hospital KL tu pun saya dah interview. Tukang mekap mayat di jirat Cina Sungai Besi itupun saya dan interview juga. Tapi atas nama mencari berita, saya tega. Telan saja.


Jadi, sekarang saya cuma mahu mekap kek saja...interview pakar kek... dan geledah Internet pun, hanya mahu cari cerita dan berita mengenai kek dan cupcakes sahaja. Bagi saya soal menyesal tak timbul, walaupun atas kesilapan yang pernah dilakukan. Dahulu muda, banyak tenaga, jiwa sentiasa bergelora, naluri mahu mencuba sangat membara. Adakala benda yang kita buat itu mendatangkan manfaat, dan adakala menyebabkan mudarat. Jadi buat apa hendak dikesalkan? Adakah kita hanya mahu menikmati kehidupan yang manis sahaja? Kalau diduga dengan musibah sepahit jadam, kita mula melatah.


Jadi, kita tutup buku lama, buka buku baru. Kalau tidak kerana cakes, saya tak tahu berblog. Lagipun nak isi cerita apa? Betul tak? Tapi dengan kek, saya mula bergelanggang di flickr cupcakekasih. Itu playground maya saya yang pertama. Melihat hasil karya sendiri pun satu terapi juga tau.


Apapun, awalnya permintaan untuk kelas dekorasi ini datang dari followers di FLICKR juga. Akhirnya, selepas berfikir panjang, saya pun menguar-uarkan mengenai kelas dekorasi untuk cupcakes. Sekarang ni, ramai peserta yang request kelas secara eksklusif. One-to-one session. Macam-macam ragam dan latar belakang yang saya jumpa. Jadi maknanya tak ler saya terkurung macam bawah tempurung. Kerja jumpa orang ramai ni memang saya suka...sebab tu dulu saya mahu jadi wartawan. Tak suka kerja kantor dengan rutin 9-6 tu.


Jadi bersama-sama ini saya sertakan beberapa gambar sesi dekorasi sebagai meneruskan rutin untuk 2011. Kalau nak tahu, Norsham ni pernah kerja berbelas tahun di sebuah syarikat swasta, terpaksa berhenti kerja apabila anak disahkan menghidap leukimia. Norsham terpaksa 'berumahtangga' di wad ICU. Bukan sebulan dua ya, tapi bertahun-tahun. Alhamdulillah, anak Norsham sembuh juga akhirnya dan sebagai kesinambungan hidup, Norsham belajar merias kek sebagai menambah pendapatan suami. Tanpa blog pun Norsham sibuk saja 24/7. Selain kek, Norsham juga pakar kuih talam. Dan sekarang ni pelanggan utama Norsham ialah doktor dan jururawat di hospital anaknya dirawat dahulu. Inilah yang dikatakan hikmah di sebalik musibah.




Bagi meniti tahun 2011, Norsham belajar dekorasi kek, stacked dan Princess Cake. Dan saya juga sempat buatkan blog untuk kawan kita ni, sebab kesian juga kat Norsham yang tidak tahu hendak buka blog. Tak tahulah Norsham aktif atau tidak, kerana saya pun sibuk, jadi tak sempat nak 'jejak kasih' ke blognya. Apapun, kepada sesiapa yang ingin menjenguk karya Norsham, cuba klik link ini.

Dan, wajah manis ini pasti ramai yang kenal...betul tak? Bahiah dari Halwa Delights, sudah menyempurnakan beberapa kelas decoration cakes/cupcakes dengan saya. Ini adalah kelas bunga gum paste. Memang Mek Kelate ni 'laju' sungguh....& very creative.



Ini pula Atirah dan Haniem yang menghadiri kelas dekorasi Cupcakes. Sebenarnya kedua-dua wanita ini sudah lama menceburi bidang ini, cuma mahu menambah ilmu saja. Atirah juga pakar kuih talam dan katanya, dia hanya belajar mengadun kuih talamnya dari Internet saja. Dahulu pegawai di syarikat Jepun, tapi sekarang ni gembira ria di rumah...masa banyak, duit pun laju saja masyuk! :-))



Terkini, kelas dekorasi stacked cakes dengan Norhayati, Barizah dari Melaka dan Shima. Sehari suntuk juga kelas ini kerana banyak eksperimen...dan semuanya mengaku masih baru, tak banyak pengalaman. Tapi di akhir kelas, semuanya dah macam pro. Laju saja menguli gum paste dan fondant.



Inilah hasil karya tiga usahawan. Barizah dah setahun berhenti kerja untuk menjadi fulltime baker, manakala Norhayati dan Shima sedang merencana ke arah itu. Nasihat akak senang saja. Kalau dah rasa yakin, Insyaallah, ikut saja kata naluri. Kalau tak menjadi, masih boleh mencuba bidang lain. Betul tak?

Akhir kalam, selamat makan tengahari dan jumpa lagi ya.

Wasalam

JUN
www.flickr.com/photos/cupcakekasih

4 comments:

cek chun said...

selamat ulang tahun kak jun. moga mendapat banyak ilham untuk merias dan menjadi sumber inspirasi pada ramai orang :)

cupcakekasih said...

terima kasih Cek Cun. Semoga kita sejahtera sentiasa. Selamat tahun baru dear..

Lily said...

selamat hari lahir cupcakekasih... moga terus berjaya.... terima kasih atas ilmu yg dicurahkan...

Fiza Amran said...

happy birthday cupcakekasih.. semoga terus sukses