Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Sunday, November 14, 2010

Idaman Hatiku, LV & Gucci

Saya suka beg, dia suka kasut.


Kalau buat kerja...
....saya suka buat laju-laju,
kadang-kadang macam orang kalut;

Tapi,
...dia suka buat slow (slow),
kadang-kadang macam kura-kura tersenguk-sengguk.
Orang Perak kata 'leput'.


Apapun, dalam bab hobi...kami banyak persamaan. Itulah yang saya perhatikan, sejak dari kecil sampai sekarang ni, dah besar panjang dan dah boleh kawin (kalau ada yang meminang).


Alia, sering membuat saya merasa seperti melihat diri saya sendiri 20 tahun dulu. Fizikal kami memang berbeza, muka pun tak sama. Tapi jiwa kami serupa. Kalau bergaduh, macam tak nak baik dah...tapi kalau saya diam atau dia sentap atau bungkam-- kami sama-sama faham. Itulah kelebihannya kalau anak sendiri boleh dibuat kawan. Tak perlu risau, rahsia pecah di perut atau di mulut! Emak anak -- satu keistimewaan yang tidak ada bandingan.


Dan kesamaan itu kami terjemahkan di sini.

Cotteville 40

Hasil karya Alia


...saya ulang...hasil karya Alia sepenuhnya. Saya tak campur tangan sedikit pun, seperti apa yang digarap dalam blognya, begini:

"same case when I did my Fifi Lapin Collection, this masterpiece of mine is 100% Alia Roslan authentic without any help. Okay, just little help from my mom when it comes to making the handle part but the rest of it from baking to delivering, I did it all by myself "flip my hair back and forth."


Dan 24 jam kemudian, di atas meja canai yang sama, saya menghasilkan ini pula.



kek beg tangan ini,
inspired by Gucci Bamboo
.


Jadi, tepat sekali mukadimah saya....kan?


Kalau Alia bertungkus-lumus menyediakan kek bagasi berjenama LV itu dalam tempuh kurang 24 jam untuk Rizalman Ibrahim lewat Khamis lalu, saya pula jenuh mengerjakan kek beg tangan Gucci ini untuk kawan saya, peragawati cum pelakon, Ernita Ridwan, yang sangat cantik menawan itu sejak pagi Jumaat lagi.


Teruja?


Wajiblah saya teruja...bukan kerana kek beg tangan saya itu kerana itu sudah menjadi kebiasaan. Tapi kerana hasil karya anak saya, Alia. Kiranya, tak sia-sialah jika saya pernah mendera jiwanya, memaksanya membuat sesuatu yang kadang-kadang di luar batas kemampuannya. Memang Alia suka baking dan decorating cake....selepas melihat saya menelaah benda ini setiap hari. Tapi, saya mahu Alia melihat dengan mata hatinya dalam berkarya...bukan main hentam keromo saja. Kalau tak cantik pada pandangan saya...jangan nak menangis kalau disuruh ulang semula. Nak kata apa, arahan emak. Betul tak?


Saya kata kat Alia, "orang *buta pun boleh buat Alia...ini lagi kita yang cukup sifat." Dan, tertanam juga perkataan saya itu, walaupun bunyinya sangat keras, ke dalam minda dan jiwanya.

(* bukan bermaksud menghina orang buta ya, tapi dengan niat positif, mahu mencabar jiwa kita ini, yang diberi pengelihatan yang sempurna).


Tak apa, demi sebuah kesempurnaan, saya akan drilled semua anak saya. Andainya saya dilihat garang, tapi itu ketika hendak mengajar mereka menjadi 'orang'. Tapi dalam bingkai waktu yang lain -- saya manjakan anak saya, malah saya protect mereka gila-gila. Dan, kalau anak buat benda yang elok yang positif -- saya puji gila-gila juga. Bagi saya, sayang anak bukan dengan mendodoikan mereka dengan kemanjaan tanpa batasan, sampai menjadi malas, dan tak tahu nak berfikir lebih jauh dari apa yang terbentang di depan mata. Jangan hanya pandang ukuran kejayaan pada sekeping kertas dengan catatan deretan 'A', tapi apabila diukur dari segi kemahiran hidup, jauh ketinggalan. Oh! Saya tak mau macam itu. Kalau dapat dua-dua, alhamdulillah. Tapi, apapun cerita takdir, jangan leka berpeluk tubuh saja. Kita cuba semua yang terdaya.


Dan, dalam slow slow Alia, terhasil sudah berpuluh-puluh hasil dekorasi kek yang cantik menawan. Dan dalam culas-culas Alia, terbukti sudah dia pun tak tahu duduk diam. Apa yang saya buat, Alia tak pernah menolak -- suka untuk mencubanya juga. Sama ada untuk dijadikan hobi atau sekadar suka-suka saja, saya tidak pernah meletakkan sebarang ketetapan. Cuma, saya tak mahu Alia berhenti dari menerokai dunia mudanya yang sangat luas itu. Untungnya budak-budak sekarang kerana mereka mempunyai alat penjelajahan yang boleh menjangkaui alam maya ini tanpa sempadan.


Dan kerana itu juga saya berasa sangat cuak kalau ada yang beralasan...'tak tahu...tak suka...takda bakat...tak larat.' Letih! Saya letih dengan jawapan begini. Kalau terjumpa dengan yang berjiwa rapuh begini, saya cuma boleh kata (dalam hati ler)....'terjunlah si luncai dengan labu-labu mu. Biarkan...biarkan.'


Saya cuma teruja berdampingan dengan yang berjiwa positif. Dan kalau tak mampu mengubah jiwa raga orang lain, kita cuba ubah sudut pandang anak-anak sendiri. Kalau perancangan kita, selari dengan cerita takdir...alhamdulillah. Tapi, jika cerita menjadi sebaliknya....tak apa.



Jadi berbalik kepada cerita Alia dan beg LV kebanggaannya itu, saya cuma boleh kata satu saja..."syabas mere betty". Maknanya? "Tahniah anakku." Lebih kurang begitulah maknanya kot. Tapi apapun, saya nak ulang tayang juga gambar di sebalik tabir, tatkala Alia menyiapkan beg LV uncle Rizalmannya itu. Iya, Rizalman, si pereka fesyen itu. Cerita selanjutnya, bacalah di blog Alia ya.






Dan berbalik kepada beg Gucci saya ini pula, ia ditempah khas oleh Ernita. Dahulu semasa masih di Jelita, saya sering mengundang Ernita menjadi model saya untuk memperaga busana bagi ruangan fesyen kendalian saya.


Sekarang Ernita atau Enny, banyak berlakon untuk drama terbitan Astro. Beg tangan ini ditempah untuk majlis pertunangan adiknya Sabtu (13 Nov 2010). Saya menggunakan fondant sepenuhnya untuk balut kek dan tangkai pula menggunakan gum paste. Kalau tanya part mana paling susah? Sudah tentulah tangkainya kerana bukan mudah hendak membentuk biku-biku pada tangkai itu agar tampak seperti buluh. Kemudian saya warnai dengan food colouring coklat perang bagi menyerlahkan lagi penampilannya.


Dan nampaknya, kedua-dua beranak ini bukan main tersenyum lebar lagi apabila kedua-dua kek beg tangan ini mendapat pujian dari yang menerimanya. Oh! akak suka dek. Hilang penat? Betul tak Alia?


Jadi, wajarlah agaknya kalau detik ini dikongsi bersama-sama dengan menikmati secawan kopi di The Loaf!

:-))

Selamat malam (pagi) semua.

Wasalam

JUN

2 comments:

missalongwani said...

saya tabik akak ngan alia!!!!!!

Suara Kalbu said...

Salam Kak Jun,

Speechless.. sangat cantik. Dua-dua sangat cantik. Cemburu dengan Alia..muda-muda sudah sehebat itu