Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Wednesday, August 4, 2010

Three Angels


Salam semua

Nampaknya apabila kita sibuk....masa dirasakan begitu pantas berlalu. Belum pun sempat menikmati dingin pagi, matahari sudah pun tegak di kepala. Sepanjang pagi, saya sibuk di dapur dan baru sahaja selesai menyiapkan 200 cupcakes. Lega rasanya. Selepas ini cuma tinggal finishing touch sahaja. Walaupun semuanya saya buat sendiri, saya senang hati.

Pembantuku yang diimport dari negara `Antah Berantah' tu, si Mainah, sudah pun ku pulangkan kepada agennya di Taman Harmoni. Malas nak didik orang yang kuat tidur ni. Pantang nampak benda yang empuk gebu....mesti badannya terus lemah lesu. Sekali pandang dia masih tegak, tapi sebaik sahaja kita berpaling, dia terus rebah....berbaring.


Memang nak dapat pembantu yang super cekap macam Nartik dahulu susah. Tiga tahun bersama-sama saya, dididik penuh sabar, akhirnya dari keras tangan, dia boleh menjadi serba boleh. Segala jenis kek dia tahu buat. Fondant dan gum paste pun dia tahu apa ramuannya dan Insyaallah pasti vantik sekali hasilnya.


Apakan daya, Nartik itu isteri orang, dan suaminya pun ada bekerja di sebuah kilang di Sungai Besi. Jadi saya yang tak sampai hati menengukkan dia asyik kerja siang dan malam, maka saya benarkan cuti sebulan sekali. Tahun pertama, ok. Tahun kedua pun pass. Eh! Tau-tau awal tahun ini, Nartik dan Surono dimurahkan rezeki dan dia pun hamil anak kedua.


Nak buat apa lagi! Saya pun suruh dia pulang ke kampung. Selepas beranak datang lagi. Namun, beratnya hati melepaskan dia pergi. Saya tahu selepas ini keadaan pasti tidak akan sama lagi. Semasa menghantar Nartik ke airport (Mac 2010 lalu), Surono datang ke rumah saya. Dia berulangkali minta maaf. Kami kata tak apa....nanti ada rezeki, datang lagi.


Dan, alhamdulillah, pada 30 Julai 2010 lalu, Nartik sudah pun selamat melahirkan baby lelaki, Mohd Farid AlFarizi. Dan baru sebentar tadi saya terima sms daripada Nartik..." pembantu kakak sudah sampai? Saya ada kirim Ikan bilis untuk kakak sebab Tuban ni terkenal dengan ikan bilis. Saya ingat kakak suka makan cucur ikan bilis..."


Ah, terima kasihlah Nartik. Saya berdoa kami panjang umur dan dapat bertemu lagi dan kini saya sedang menghitung hari kerana hendak menyambut kedatangan pembantu baru, yang juga dicarikan oleh Nartik. Dia saja yang tahu kerenah saya, jadi pasti dia pilih yang terbaik untuk saya. Dia tahu saya bukannya cerewet, tapi kalau buat kerja, mesti sepenuh jiwa raga.


Semoga dengan kedatangan pembantu ini, saya akan kembali aktif seperti dahulu. Tapi yang penting, saya berhajat sangat nak menziarahi Nartik dan pembantu saya yang terdahulu, Mak Nah, yang pernah berkerja hampir 14 tahun lamanya. Eh! Teringat dua jiwa ini...saya mulalah melankoli. Hem...enough about my maids.

Apapun, saya rasa bangga jugalah sebab kelas dekorasi kek Princess dengan Asilah pada Selalsa lepas berjalan lancar, walaupun saya hanya keseorangan.






Mujurlah adindaku yang satu ini sudah biasa menghadiri kelas dekorasi di kediaman saya. Jadi kami sama-sama enjoy sesi ini. Saya gembira kerana hajat Asilah hendak mempelajari teknik dekorasi kek puteri ini tercapai sudah walaupun awalnya nampak macam ada banyak halangan. Kek ini sebenarnya Asilah buat untuk meraikan ulang tahun anak keduanya, Ellyssa. Happy birthday sayang...!



'.



Selain Asilah, pada Sabtu lepas juga saya menerima kunjungan kak Normah dari Singapura yang sudah lebih setahun membuat perancangan mahu datang ke kelas dekorasi yang saya anjurkan. Terujanya saya menerima kedatangan kak Normah ini kerana dia sudah 30 tahun berkecimpung dalam dunia baking dan sering berulang-alik ke Sydney, belajar dekorasi di Cake Planet. Jadi saya rasa bangga jugalah kerana dia sudi juga hendak berguru dengan saya ini walaupun tidak setanding dengan ilmu yang sudah ditimbanya.


Dan, kehadiran Balkis juga menggembirakan saya. Maklumlah, ibu muda ini pun bukan calang-calang orang kerana adiknya, Chef Amer, adalah sifu coklat yang sedang hangat diperkatakan itu. Kesudiannya juga saya sambut dengan penuh rasa suka.










Kali pertama saya mencuba bakat membuat kek Princess ini ialah pada 24 Februari 2008, untuk anakanda saya, Arina Roslan. Dan sejak itu, idea dan teknik saya itu semakin saya perhalusi dan kini saya gembira kerana ada juga di antara kawan-kawan yang sudi mempelajari seni dekorasi ini.


Kalau pengunjung nak lihat hasil dekorasi Asilah, layarilah blognya 3E, dan link ada di laman Jejak Kasih saya itu. Blog kak Normah pula boleh klik di sini.


Akhir kalam, selamat menjamu selera dan selamat menikmati karya tiga Princess ini yang dirias khas oleh tiga ibu, untuk angels mereka. Sampai jumpa lagi, wasalam


6 comments:

suarakalbu said...

Salam Khamis yang indah Kak Jun

Apa khabar ? Gorgeous nya princess-princess tu.

Semoga akak akan dapat maid yang bagus cepat-cepat ya.

cupcakekasih said...

salam Idda

Thanks for the comment and the wish. Rasa nak patah pinggang ni. Tapi happy tenguk deretan cupcakes tu.Nanti kalau maid baru sampai...kan ku paparkan wajah bertuah itu di sini. Amin...

Harap Idda, hubby and Bella juga sihat hendaknya. muah...

Rinnchan said...

Salam Di ambang Ramadhan AlMubarak.
Maaf Zahir Batin yaa.... Rinn Chan.

PearlnScarf said...

salam ramadhan

cupcakekasih said...

SAALAM RINNCHAN

terima kasih atas ucapan salam Ramdan yang sangat bererti itu. Semoga Rinn sekeluarga juga akan mendapat keberkatam di bulan yang mulia ini. Amin

cupcakekasih said...

Salam Pearlscarft,
Salam Ramadan juga untukmu dan terima kasih kerana sudi singgah sini.