HARI ini satu lagi kelas dekorasi kek akan berlangsung dan sebelum hari beraleh, saya masukkan dulu cerita kelas kek Selasa lepas. Ok, kelas itu dihadiri oleh my senior semasa kat Uni dulu, Marliya, yang juga my Commander Kesatria yang sangatlah berdisiplin apabila mengajar kami berkawad. Oh! Sapa yang pernah menjadi ahli Kestria dulu, mesti faham maksud saya kalau bercerita bab berkawad ni. Masa tu saya ambil bahagian dalam acara kawad (untuk pertandingan), jadi kak Marliya sudah pulun kami cukup-cukup. Buat intensive berkawad...bagi mewakili School of Mass Comm. Wah! Nostalgia betul detik itu.
Apapun, masa berlalu dan kami pun terpisah dan saya pernah terbaca cerita kak Marliya dalam majalah Impiana apabila rumahnya memenangi tempat pertama tatarias menarik ketegori banglo.
Akhirnya kami bertemu juga kat FB. Memang baguslah percipta FB ni kerana berjaya menyambung banyak silaturrahim. Dan, dipendekkan cerita, kak Marliya selalu tenguk saya masukkan gambar kelas dekorasi kat dalam FB dan dia pun berminat untuk join kelas yang saya anjurkan itu.
Ini adalah gambar semasa sesi dekorasi cupcakes yang lalu. Kata kak Marliya, ini pengalaman pertamanya merias cupcakes.
Sesi dekorasi cupcakes itu juga turut dihadiri oleh Zuraini dan Shikin. Habis bab pertama. Dan semalam, bab kek pula. Kak Marliya dan Zuraini, wife kepada kawan lama saya di UiTM dahulu, Dr Rashid, bertandang sekali lagi ke kediaman saya yang seadanya itu; untuk belajar dekorasi cake pengantin pula.
Inilah gambar-gambar yang sempat saya rakam. Kak Marliya dan Zu belajar cara mengadun fondant dan menebar fondant. Membalut kek dan membuat bunga gum paste dan lace.
Ok, buat pengetahuan semua, teknik bunga gum paste yang saya ajar ini sebenarnya lebih bersifat 'senang dan mudah' berbanding teknik yang menggunakan dawai serta berikat sana sini tu. Memang hasil menggunakan dawai ini lebih kemas, menyamai bunga betul (bunga hidup).
Saya pun suka hasil yang begitu. Tetapi, berdasarkan pengalaman peribadi saya sendiri, saya rasa teknik lebih ringkas begini sebenarnya sangat praktikal jika kita berhajat menyudahkan hiasan dalam tempuh yang cepat, iaitu >< style="font-style: italic;">customers boleh collect pada sebelah malam.
Saya menyukai cara begini sebab harganya tidaklah melambung-lambung sangat berbanding kek yang dirias dengan bunga gum paste atau sugar paste dengan adunan bunga yang perlu dibuat sekelopak demi sekelopak -- dicucuk dawai, kemudian dikeringkan sehari suntuk. Pada keesokkan hari barulah semua kelopak ini boleh diikat dan digubah. Oh! Letihnya.
Itu belum lagi dikira masa yang diperlukan untuk mewarnakan kelopak atau kuntuman bunga dan daun itu beberapa layer, mengikut tona warna gelap cerahnya bagi memastikan kesannya nampak lebih realistik. Kalau tiba-tiba customer kata, "Kak Jun, budget saya cuma RM150 sahaja." Macam mana? Jadi, kita bagi pakej yang lebih luwes (fleksibel). Bak kata opah saya dulu...., win-win situation.
Kalau dapat open cheque, kita hadap sekuntum bunga sehari pun tak apa. Kalau nak buat 10 kuntum, maknanya setengah bulan perlu dihabiskan untuk menyempurnakan dekorasi untuk sebiji kek.
Dan sesuai dengan keadaan ini, maka saya beri alternatif kepada sesiapa yang berminat hendak belajar bunga gum paste dengan cara yang lebih luwes. Apapun, yang penting kita kreatif. Sama ada dalam bab bermain warna atau pun dalam bab mengarang bunga. Bak kata orang tu, bahan dan teknik mungkin sama -- tapi hasilnya tetap berbeza juga sebab setiap orang itu ada gaya tersendiri.
Samalah juga ceritanya macam orang masak kari. Atau sardin. Atau apa saja resepi. Walaupun kita menggunakan bahan yang sama -- rempah, garam, gula, minyak -- hatta periuk dan belanga + dapur dan api yang sama. Tapi, percayalah apabila dah siap..., rasanya tetap lain.
Jadi, tepuk dada tanya selera.
Selain itu, saya sempat juga berkenalan dengan Juliana yang menyertai kelas dekorasi figurin dan dekorasi kek pengantin beberapa minggu lepas. Sebenarnya kelas pertama dengan Juliana, iaitu dekorasi figurin berlangsung sekitar bulan March, tapi sesi kedua pada keesokkan harinya itu tidak dapat diteruskan kerana ayahanda Juliana sakit kuat dan beberapa hari selepas itu kembali ke Rahmatullah (al-Fatihah buat arwah).
Apapun, Juliana ni sangatlah penyabar dan lembuttt juga bila bercakap. Sesi dekorasi kek berlansung juga dan saya berasa sangat lega kerana tidak lagi terhutang janji dan sesi dekorasi. Kepada Shikin, jangan lupa ya, kita ada satu lagi sesi tau.
Sampai di sini dulu, dan jika ada salah dan silap, saya minta maaf ya. Nak prepare untuk kelas dekorasi kek pula.
Sampai di sini dulu, dan jika ada salah dan silap, saya minta maaf ya. Nak prepare untuk kelas dekorasi kek pula.
Wasalam
JUN
cupcakekasih@yahoo.com
Subang Jaya
No comments:
Post a Comment