
Hari ini saya nak kongsi resepi yang sangat sedap. Sebenarnya, saya sangat teruja dengan kesedapan roti dan pastry di The Loaf, Empayar Mall (near Subang Parade), maka saya pun sibuk membuka resepi lama. Nak bereksperimen dengan doh roti dan pastri pula amcam yang ada kat The Loaf.
Dan hasilnya, inilah dia Quiche Lorraine (disebut kish), berinti ayam dan daging. Resepi ini saya perolehi daripada Chef Asma semasa menghadiri kelasnya in 2008. Sebenarnya tak susah membuat quiche ni, cuma sos yang dipanggil Salt Royale itu mesti dituang menepu dalam pastri supaya dia terlebih lemak dan barulah terbit kesedapannya.
Kulit Quiche saya canai dan bakar separuh masak dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Then, baru simpan dalam peti sejuk. Bila nak makan, just prepare sos dan inti, kemudian bakar. Selamat mencuba.
Bahan:
Base Quiche (short crust pastry)
250 g tepung gandum
125 g salted butter
1 tsp bijan (optional)
2 tbs susu tepung*
Air secukupnya.
* Saya tambah sendiri supaya lebih lemak.
Cara membuatnya:
STEP 1
1. Campur semua bahan di atas (kecuali air).
2. Gaul supaya menjadi crumble.
3.Baru tuang air sedikit demi sedikit sambil menguli sehingga doh sebati.
4. Canai nipis dan letak dalam acuan, masukkan filling.
5. Tuang sos salt royale ke dalam setiap Quiche.
6. Tabur dgn cheese mozarella dan parmesan (saya guna cheddar saja sebab kehabisan stok).
7.Hias dengan daun sup + daun bawang.
8. Bakar 25 minit + 150 darjah C.
caption: trim kelilingnya dan tekan dgn mata garfu supaya kemas.
RESEPI Filling
1 biji bawang besar dicincang dadu.
150 g mix vegetable (optional).
1 tbs tomato puri
150 chicken meat
Salt n pepper secukupnya
1 helai daun salam (bay leaf)
100 g mozarella cheese
50 g parmesan cheese
150 g butter
Cara Membuatnya
1. Panaskan butter dan tumis bawang. Dah wangi, masukkan daun salam.
2. Kemudian masukkan chicken meat dan mix vege.
3. Masukkan salt dan pepper. Kacau lagi supaya wangi.
RESEPI SALT ROYALE
250 ml fresh milk
50 ml whipping cream
3 biji telur
Garam dan pepper secukupnya.
Cara Membuatnya
1. Campurkan semua bahan dan pukul dgn garfu supaya sebati.
2. Tuang dalam quiche tadi.
Akhir kalam Selamat Hari Ibu, wasalam.
Sent via BlackBerry from Maxis

13 comments:
tengok gambar pun dah tau sedap...
nak bakar berapa lama dan suhunya berapa kak?
sedapnyer kak..nak cket..=)
sedapnyer.....smbil tu meh ler singgah blog sya...
http://adiezaqistina.blogspot.com
hadooi...sedaaaaaaaaapnye..hepi mom's day to u too kak Jun!
yaaaaa sedappp nampaknyer...my feberet...thanks 4 the recipe...akak ku cuba insyaAllah
SARI: Memang sedapppp
NINA: Kak jun bakar 25 min suhu 170 darjah selsius. Nina pakai fresh cream tu byk2 tau. Kalau nak sedap lagi bubuh cendawan butang. Modify inti tu ikut kesukaanmu.
ADAFOREVER: Nanti kalau buat lagi...singgah ek!
BIBU...happy mom's day to u too
NOZIE>..memang sedap. mesti cubaaa
salam...
sy nak cuba buat hujung mggu nie...nampak dlm gambo pun sungguh menyelerakan...tak sabor rasanye...
salam....sy nak cuba buat hujung mggu nie...tak sabar rasanyer...
Assalam
nak tanya skit. moz n parm cheese tu nak letak masa bila ya? TQ. :))
salam. akak, nak bakar ni guna api atas and bawah ke api bawah je ?
Post a Comment