Ya....ucapan itu saya tujukan kepada Nartik.
Minggu ini genap sebulan pembantu saya dari syurga itu, pulang ke kampungnya di Surabaya. Saya rasa macam patah tangan pula sejak dia tak ada. Maklumlah Nartik tu dah macam penyendal yang sangat empuk. Tiga tahun dengan saya, bermula dengan zero knowledge, apabila dia balik ke Tuban pada 14 Mac lalu, resepi gum paste dan fondant semua hafal kat lidah saja. Apa jenis kek yang dia tak tahu. Kalau masa mula sampai dulu, saya minta spatula dia hulur senduk, tapi sekarang ni semua nama baking tools tu dia tahu.
Memang saya tak perlu risau apa-apa pun sebab dia ni terang hati. Semua tatacara kerja saya dia sudah jaga sebaik-baiknya. Acuan, cutter, veiner...apa saja peralatan kerja saya, dia tak pbagi orang lain pegang. Macam mana saya ambil, macam itu dia akan susun balik. Rutin saya dari pagi sampai ke malam... semua dalam tangan dia. Kalau saya nak menganjurkan kelas, dia sudah tahu peralatan dan bahan apa yang disediakan. Fondant yang dia buat pun cantik -- sama ada adun tangan atau pakai mesen. Cuma kerja merias saja saya tak bagi ssesiap kacau. Itu hak eksklusif saya saja.
Kalau tempahan bertimpa-timpa, dia tahu macam mana nak atur kerja. Kalau saya gundah gulana pun -- dia sanggup menjadi ketur -- menerima sahaja semua luahan jiwa saya. Kalau saya sentap dia diam...dan kalau dia sendiri sedang dilanda bad mood saya faham. Apapun, kalau saya ulang tayang cerita duka yang sama, beratus-ratus kali pun dia sanggup menjadi pendengar setia, sebab dia tahu, saya bukan mahu pendapat atau penyelesaian -- cuma mahu melepaskan segala panasaran. Kadang-kadang kalau saya sedang terdesak hendak menyudahkan riasan kek tapi ilham pula terbantut, dia akan stop semua aktiviti di dapur. No cooking...nothing. Dia faham kalau dah macam tu...saya tak boleh dengar walau satu bunyi pun. Kalau Arina & Kasih ada, dia bawak pi main jauh-jauh.
Jadi saat saya menulis ini, saya memang teringat kat Nartik. Memang fitrah saya begitu...kalau sudah rapat, susah nak terima hakikat. Sebenarnya, saya jarang bertukar ganti orang gaji. Kali pertama saya ambil pembantu dulu Adam baru nak masuk setahun. Lebih kurang sebulan berkerja dengan saya, pembantu tu buat perangai. Tapi bagus juga dia pergi sebab saya mendapat pengganti yang sangat bagus. Macam dapat dayang dari syurga juga. Saya panggil dia `Makcik', dan ditakdirkan dia serasi berkerja dengan saya, sampai Adam naik tingkatan satu. Dia terpaksa balik sebab sudah tua. Kalau Nartik pandai buat kek dan buat fondant, Makcik ini adalah tukang urut dan bidan. Jadi, bayangkan betapa indahnya hidup saya? Ada tukang urut yang on call 24 jam. Masa saya beranakkan Arina dan Kasih...., Makcik jaga saya pantang menurut cara Jawa. Saya ambil pembantu satu lagi untuk buat kerja rumah sebab Makcik khusus untuk adun saya dan anak. Over kan?
Selepas Makcik pulang ke Indon, saya sempat berganti dua orang gaji yang saya rasa so - so saja, selepas Nartik datang dan dunia saya kembali menjadi penuh warna. Sayangnya, cuma tiga tahun. Harap-harap selepas masalahnya selesai di sana, Nartik akan segera kembali. Amin.
Apapun, pengganti Nartik ini pun kategor dari syurga juga. sebab pandai masak dan sangat creative, walaupun agak slow sikit. Jadi, kerana itu, aktiviti baking dan decorating saya pun saya slow down sikit, sementara tunggu Siti mahir.
Selain itu, saya pun sudah mula menulis. Now tengah buat skrip untuk drama di Astro (harap-harap saya tak hangat-hangat tahi ayam saja). Sinopsis dan rangka untuk novel pun dah siap. Maklumlah, diam tak diam dah hampir tiga tahun saya 'gantung' pen sebab terlanjur menyarung apron. Rasanya, kini dah tiba masanya saya aktif kembali -- dalam dua-dua bidang yang sayangi ini.
Jadi, dengan itu, sukacita juga saya maklumkan di sini, sesiapa yang email mahu belajar dengan saya, jika sudah mendapat jemputan rasmi, jangan tak datang ya. Kasihan yang dalam senarai menunggu tu. Lagipun, sementara saya tengah minat, masih sihat. Mana tahu kalau tiba-tiba saya mahu 'gantung' apron', bimbang nanti segala kempunan itu tersekat di keronkong saja. Lagi ralat kan?!? :-))
Jadi, sampai jumpa lagi di laman lain, saya paparkan wajah-wajah ceria kawan kita yang sudi menghadiri kelas dekorasi yang saya anjurkan. Kepada peserta 17hb April 2010, jangan lupa temu janji kita ya.
Sampai jumpa lagi, wasalam
Bakal jurutera, kini masih belajar di Uniten - Ira yang sangat pendiam.
Hanizam yang cekap buat dekorasi dan sangat kreatif.
Ini Nany. Ingat tak kek Barney yang saya buat sebelum ke Muar tempuh hari? Nany yang menempahnya dan selepas majlis harijadi anaknya itu, dia terus email saya mahu join kelas dekorasi pula. Kata Nany, apabila dah merasa buat sendiri barulah dia faham kenapa harga Cupcakes ni 'boleh tahan' juga, especially yang dihias rapi dengan fondant macam ni. "Sakit pinggang membuatnya!" dan saya sambut dengan senyum saja.
Sayonara
Ini pula adalah kelas terakhir saya dibantu Nartik dan keesokkan harinya dia pun pulang ke kampung asalnya. Jadi sempat juga dia berkenalan dengan:
Ini pula Yati dari Taiping. Apa khabar ya?
4 comments:
nangis bce post aunt nie...
bkn sbb sedey...
tp mmg tgh sedey...
T_T
salam kak Jun,
terima kasih update gambar kami..
adik Emy, Cikgu Lily dr Penang dan lagi sorang Ira dari Kelantan.
kami 3 beradik amat2 berbangga dapat belajar ngan Kak Jun
salam,
Noremey
sedih pulak rasanya dan tetiba saya pun teringat kat nartik atau rossa itu...
apa apa pun harap nartik segera kembali nanti kan!suka plak kacau dia :D
Salam Kak Jun,
thanks sbb sudi ajar kitorang.. alhamdulillah lepas ambik deco class tu, side income kitorang makin bertambah;P..
InsyaAllah, masa lain kita jumpa lagi untuk sesi lain pulak..
Ulfa n Yantie.
Post a Comment