SEBENARNYA saya dah beberapa kali tukar tajuk entry kali ni kerana idea untuk intro asyik berubah-ubah. Kejap nak approach macam ni. Tapi selepas tu, ubah fikiran, tukar pulak intro lain. Kesudahannya, kerja tak siap. Maklumlah sebab ada banyak sangat perkara berbangkit .
Jadi, bagi memastikan saya tidak berkisar pada hal yang sama saja, jadi kali ini saya sudah nekad untuk memasukkan semua gambar yang masih tertunggak, dan membuat cerita yang ringkas. Dan kerana itu juga, saya berusaha untuk tidak membuat cerita berbingkai dan banyak 'hanyut ke laut' sahaja. Saya akan terus saja kepada pokok pangkal intipati story ya.

CERITA KEK PERTAMA
Kali ini kelas kek beg tangan dihadiri oleh Shikin dan anaknya Nurul. Fakta yang anda perlu tahu mengenai peserta kelas saya kali ini:
1. Mereka gembira.
2. Mereka sangat gembira sebab impian sudah terlaksana.
3. Mereka sangat gembira sebab impian sudah terlaksana untuk belajar kek handbag dan kek hantaran berbunga Peonies dan renda.
4. Nama emaknya, Shikin, orang Batu Pahat.
5. Jadi, automatik, anaknya Nurul pun adalah orang Batu Pahat juga.
CERITA KEK KEDUA
Peserta kelas ini pula ialah Norazlina. Ini fakta yang anda perlu tahu mengenai Norazlina.
1. Norazlina gembira.

2. Norazlina gembira sebab hajatnya untuk belajar cara merias kek handbag akhirnya tercapai juga.
3. Norazlina bukan orang Batu Pahat, tapi orang Utara, tapi sekarang tinggal di KL.

4. Norazlina datang ke kelas tanpa anaknya, seperti Shikin itu, sebab anak Norazlina masih kecil. Dia cuma tahu makan kek saja.

CERITA KEK KETIGA
Kelas kek ini dihadiri oleh Liza dan Ila. Antara fakta yang anda perlu tentang mereka.
1. Liza dan Ila adalah ipar.
2. Ila guru.
3. Liza juga guru.
4. Jadi maknanya kedua-dua biji kek ini adalah hasil kerjatangan seorang guru.
5. Dan mereka bukanlah guru yang mengajar di Batu Pahat, tempat asal Shikin dan Nurul, tetapi di Muar. Ya, mereka mengajar di Muar dan mereka tidak kenalpun Norazlina.
Itu saja untuk pengetahuan anda semua.
Dan saya mengucapkan tahniah kepada diri saya sendiri kerana berjaya juga menyiapkan tiga cerita sekaligus dengan ringkasan yang sangat padat dan tepat.
Jika mahu maklumat lebih lanjut sila EMAIL saya.
Wasalam dan selamat malam
JUN
http://www.flickr.com/photos/cupcakekasih
2 comments:
k jun...aqis rasa cam masuk kelas bahasa melayu pun ada hehehe....
k.jin kelakar baca entry ni. kalau pikir beria2 tak jadikan. asyik delay je. bila buat selamba-selamba, jadi lebih catchy
Post a Comment