BANYAK hal yang berlaku dalam tempuh seminggu. Nampaknya urusan hidup kita ini hanya akan terhenti sebaik sahaja kita menghembuskan nafas yang terakhir. Justeru, selagi hidup, selagi itulah kita perlu berusaha dan sabar menghadapi segala dugaan. Dan yang paling penting kita perlu belajar menghadapi hakikat sebuah kehilangan -- betapa sakitnya dan lara jiwa ini akibat sebuah perpisahan.
Sama ada berpisah secara hidup atau yang dikasihi itu meninggal dunia, duka dan pedihnya sama sahaja. Begitu mencengkam jiwa. Dan paling ketara -- selepas pemergian satu jiwa yang dahulu pernah menghuni hati kita, maka desakan rindu pula mula melanda. Kita akan berasa tertekan dek hambatan kenangan yang kembali berimbauan di ruang mata.
Oh! Episod inilah sebenarnya yang paling payah untuk diharungi...kerana ia akan terus menyapa tanpa mengira -- sama ada ketika tidur atau dalam jaga. Hanya masa sahaja yang boleh meneduhkan segala duka nestapa, tetapi tidak mungkin dapat melekangkan bayangan itu untuk selama-lamanya?
Jadi, biarlah rindu itu terus bertamu, namun hidup perlu diteruskan, mengikut acuan takdir yang sudah ditentukan. Dan, atas kenyataan itu jugalah makan saya kembali dengan catatan baru untuk blog yang sudah berhari-hari tidak dijengahi. Menatap gambar teman yang sempat bertandang ke bengkel dekorasi ini dengan wajah-wajah ceria membuatkan hari saya kembali berwarna-warni.
Bagi saya, kehadiran mereka ibarat sebuah penawar bagi sebuah kesunyian. Kesibukan meladeni kerenah mereka membuatkan saya terasa hidup ini lebih bermakna...lebih diperlukan. Jika saya memilih untuk menutup pintu kelas dekorasi -- bermakna hidup saya akan menjadi sangat sunyi. Saya akan menjadi cepat alpa dan hanyut dibawa perasaan sendiri yang entah apa-apa kerana terlalu banyak masa terluang dan lompong-lompong itu akan mula diresapi pelbagai perasaan yang sangat rencam.
Lalu saya tidak suka duduk goyang kaki, dengan hanya menunggu terbit dan terbenamnya matahari. Then apa? Anak sudah ada jadual mereka sendiri. Sunyinya rumah ini pada sebelah pagi...sering membuat saya nanar sendiri. Justeru, jika ada kelas, maka ruang yang luas itu akan terisi. Saya ada teman bicara. Teman berkongsi cerita. Teman yang ada minat yang sama. Passion yang serupa...yang membuat kita berasa saling memahami.
Hanya orang yang sehobi sahaja tahu kenapa saya seronok bercerita mengenai fondant.....ataupun tentang rekabentuk bunga baru yang berjaya direkacipta dengan gum paste atau pun royal icing. Kita rasa macam mendapat segunung intan. Bagai satu keajaiban. Begitulah seronoknya jika ada hobi yang boleh dijadikan satu terapi. Saya mahu terus berada di sini dan semoga Allah akan terus meminjamkan saya semangat, kekuatan dan keterujaan berpanjangan.
Dan bersma-sama catatan ini juga saya ingin kongsi satu lagi detik penting bagi beberapa lagi teman bakers kita yang sudi mampir ke kediaman saya ini baru-baru ini dengan harapan dan impian tersendiri.

Diperkenalkan Amaruiza dari Brunei. Sukanya bukan main kawan kita ni sebab perjalanannya yang sangat jauh itu membuahkan hasil yang berbaloi.

Dan Amaruiza juga sempat berkenalan dengan Zabedah, yang ingin belajar cara dekorasi kek Puteri. Jadi, senyuman yang terlukis di wajah kedua-dua wanita ini sahaja sudah cukup untuk menceritakan kegembiraan di jiwa.
Jadi, tak perlulah lagi captions yang panjang lebar ya. Biar sahaja gambar sahaja berbicara kepada pembaca semua ya.

Setiap langkah dekorasi mesti disempurnakan dengan penuh hati-hati. Tidak boleh tergesa-gesa, atau kesudahannya akan membuatkan kita kecewa.
Tapi jangan pula terlalu membebankan perasaan, kerana mahu menyiapkan karya yang terbaik...sehingga berkerja dalam keadaan tertekan sebab kesudahannya juga mungkin mengecewakan.
Kita perlu ingat ini adalah percubaan pertama, seperti Amaruiza, yang belum pernah pun membuat sebarang dekorasi dengan fondant. Tapi sebab kerana terlalu teruja dengan kek bentuk beg tanagn ini, dia sanggup tinggalkan Bandar Seri Begawan. Suka bukan main Amaruiza sebaik sahaja dia berjaya menyiapkan 'Chanel' manisnya ini.
Dan ini pula sesi bersama-sama Bedah. Bersungguh-sungguh Bedah menyiapkan kek ini untuk sebuah majlis harijadi yang sangat istimewa pada keesokkan harinya.
Dan, oleh kerana saya sibuk dengan Amaruiza, Alia tolong saya untuk memberi tunjuk ajar kepada Bedah.
Saya akan tunjukan cara dan Alia akan menolong Bedah untuk menyudahkannya.
Inilah hasilnya....karya pertama dua wanita yang tak pernah .mencuba' teknik meriaskan kek serumit ini.
Inilah pula kawan seuniversiti saya dahulu.....
Dan untuk sesi dekorasi ini, Hamidah turut berkongsi bengkel saya dengan Bedah, yang sangat cekap bab membuat bunga.
Cekap sungguh mereka menyudahkan semua tugasan. Walaupun pengalaman pertama membuat bunga gum paste...tapi dek kerana kedua-duanya terang hati....semua menjadi mudah...menyeronokkan sekali.
Dan kalau semua nak tahu, Bedah itu adalah pembantu kesayangan Zarina Zainuddin. Mereka berdua memang suka masak, jadi Zarina merestui sahaja hajat Bedah yang mahu belajar merias kek.
Jadi, apabila sudah siap, Zarina pun tumpang sekaki bergambar....sebagai menghormati Hamidah yang teringin bergambar dengan celebrity. Mujur Zarina ni sporting, walaupun dah pakai pijama, dia sudi juga senyum depan kamera. Kek berbunga pink itu adalah kek hasil karya Bedah. Cantik sangat kan?
Hamidah menatang hasil karya yang sangat dia banggai.
:-))
:-))
Inilah hasil karya Hamidah.....
kawan ku yang gigih itu.
Sampai jumpa lagi. Wasalam
kawan ku yang gigih itu.
Sampai jumpa lagi. Wasalam
...catatan dari sebuah hati
yang sekarang ini sangat walang....
dan doa buat buah hatiku Reyes....
semoga aman di sana.
yang sekarang ini sangat walang....
dan doa buat buah hatiku Reyes....
semoga aman di sana.
JUN.
2 comments:
baca entri ni rasa sedih, kenapa kak jun berhati walang?..
apapun saya salute dgn mereka2 yg gigih ni.. cantiknya kerja mereka.
Salam K.Jun!
Lama dah Nina tak kacau K.jun sorang nikan :)
Mmg betullah, kalau dpt geng sekepala cerita psl kek & deko...huish, takingat diri bila bergebang, seronok teramat sgt.
Nina ni kalau dah tak ada org nak layan, hubbylah jadik pendengar paksa, he he he...
Oklah...take care ya K.Jun :)
p/s...apa jadi kat Reyes?
Post a Comment