Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Sunday, January 3, 2010

Walimatulurus Chef Wan

...dan Selamat Pengantin Baru kepada Serina dan Salahuddin. Berlalu sudah majlis gilang gemilang...yang berlangsung selama tiga hari tiga malam. Dan inilah Wedding of The Year...yang menjadi penutup 2009 dan pembuka tirai 2010.


Saya diundang untuk ketiga-tiga majlis seblah malam ini, tetapi hanya berkesempatan menghadiri majlis pada malam terakhir sahaja iaitu upacara persandingan di The The Royale Chulan pada 2 Januari 2010. Majlis berkonsep garden wedding di dalam dewan dengan tatarias yang sangat mengasyikkan ini memang sungguh mengujakan. Rugi juga tidak menghadiri dua majlis sebelumnya -- iaitu upcara berinai kecil dan berinai besar. Kata Alia, yang menjadi wakil saya, kedua-dua majlis itu pun banyak bersulamkan bunga-bunga segar juga. Entah berapa lori bunga yang diangkut dari Cameron Highland kan?




caption: Di sinilah tempat berlangsungnya majlis yang serba cute dan mengujakan...malam berinai kecil di JW Marriot.

Dan bersama-sama ini saya sertakan beberapa gambar menarik untuk ketiga-tiga majlis itu. Sebagai emak, saya memahami perasaan Chef Wan, yang pastinya mengidamkan sebuah majlis serba gilang-gemilang untuk anaknya. Apatah lagi Serina tu satu-satunya anak perempuan yang dia ada. Jadi memang patutlah dia himpun segala mimpi, segala rasa, segala suka dan 1001 citarasa untuk majlis pernikahan dan persandingan Serina seorang sahaja.


Selepas ini belum tentu lagi dapat mengadun majlis segah ini kerana tinggal Nadzri seorang sahaja-- anak teruna tunggal Chef Wan. Jodohnya belum tahu, entah tahun bila, bulan berapa dan tanggal harinya. Jadi, sudah terlanjur berduit, petik sajalah jari.... pasti semua boleh dikuit. Komen juri awam yang tidak bertauliah tidak dialu-alukan di sini. Apa lagi untuk mulut-mulut senget yang memang pandai mengkritik sahaja; sebab kalau berpeluang, siapa tak mahu majlis begini. Betul tak?


Kalau saya berkemampuan -- tentu saya juga berani hermimpi seperti Chef Wan. Berangan-angan itu dan ini. Tapi setakat ini, dapat berkongsi kebahagiaan orang pun sudah memadai. Terima kasihlah kepada Chef Wan, kerana sudi mengundang saya ya. Dan.....



sekali lagi saya ucapkan...
"selamat tahun baru untuk pembaca....
"selamat pengantin baru untuk Serina....
...dan selamat, selamat dan selamat......
untuk segala-galanya.


Captions: Belly dancing...yang confirm tidak sesuai untuk saya dan sesiapa yang tak ada pinggang! LOL
captions: Bagai sang puteri dalam Hikayat 1001 Malam....Serina Redzuawan, menjelma seayu Cleopatra. pix by Alia

captions: Chef di samping teman-teman rapat. Kebaya putih tu pakar masak, Florence Tan dan yang berkurta biru itu Chef Nadzri, anak sulung Chef Wan. pix by Alia.



caption: Singgahsana untuk Serina. pix by Alia


captions: Berkurung hijau itu ialah emak Chef Wan....yang memang ditatangnya macam minyak yang penuh, dijulang Chef Wan bak permaisuri di atas singgahsana emas. Memang agaknya itu antara penyebab Chef Wan ini begitu berjaya dalam kerjayanya dan rezekinya sentiasa melimpah ruah. pix by Alia



captions: Dalam bekas ini ada telur pindang. Dah selamat pun menjadi rezeki hadaman saya :-)) pix by Alia
captions: Ketibaan Serina....yang sangatlah ayu jelita. Siapa yang mekap dia ya? Lupa nak tanya...dan memang tak patut tanya pun sebab malam gemilang macam ini....host tak sempat nak duduk pun. Berlari ke sana dan ke mari bagi memastikan tetamu semua senang hati dan sempat diladeni. pix by Alia




gelek!
gelek
jom gelek
wah! wah! chef pun nak bergelek!

captions: Ini pula pertarakna tempat Serina dan suaminya bersemayam untuk majlis berinai besar. Harum bunga segar.....memercikkan keasyikkan ke seluruh dewan dan mungkin juga menyeberangi hingga ke hujung seberang taman. pix by Alia





captions: Hajah Noraini, bonda Chef Wan dan Florance Tan. pix by Alia



captions: Dayang berbusana Jawa, mengiringi Serena memasuki dewan serba indah! pix by AliaAnak dara saya, Alia, dengan Chef Wan!


Tunggu sambungannya....:-))


tbc/

2 comments:

boxhousestudio said...

Assalamualaikum June...amboi seronoknya dia pi khenduri kahwin anak pompuan chef tu...dpt tengok tarian gelek lagi...kalau la dapat ikut sama...teruja rasa...nanti kalu anak June kahwin pasti best...mak kreatif...jemput kita tau...he he he ...apa pun mu makan ubat k...mu dah baik sakit betui-betui kan?...

sue-sama said...

bestnye akak dpt peluang jumpe chef wan :)