Pagi ini....
Kala mentari terang benderang
...saya masih lagi berkisar-kisar di dalam kamar. Hendak keluar tapi hanya pandangan saya saja yang lepas hingga ke hujung jalan! Badan tak terdaya hendak digerakkan. Sakitnya kepala ini Tuhan saja yang tahu. Entah kenapa, sejak petang Sabtu lepas (sebaik sahaja selesai kelas wedding cake), denyut yang sangat menyakitkan itu sudah hinggap kat pangkal tengkuk saya ini....dengan desakan sakit yang bukan main lagi tajamnya. Dah berbelas biji panadol ditelan, tapi surutnya cuma sekejap, tak mahu bertahan. Lepas itu sengal datang semula...eh! ikut suka hati saja.
Malas melayan sakit itu, saya buat cupcakes coklat untuk emak. Kemudian saya melepak di rumahnya dari petang sampai ke malam. Harap-harap kebah sedikitlah rasa tak selesa itu, tapi nampaknya kalau angin sudah masuk satu badan, begitu culas dia mahu pergi. Sayang sangat agaknya kat badan ni ya sebab sampai pagi ini, sengal-sengal tetap ada :-))
Jadi, saya pun habiskan saja masa dengan membelek CD lama. Banyaknya bukan main. dah lama saya tak susun atur semula.
Sebenarnya, saya memang sayang semua gambar-gambar lama ini sebab kenangan itu sangat mahal nilainya. Biasanya saya akan burn semua gambar dalam CD, saya tulis tarikh dan tajuknya, kemudian saya susun baik-baik dalam album CD. Tapi dek kerana terlalu sibuk, memang kami jarang dapat tenguk semula semua gambar itu.
Pagi ini saya buka satu lagi album maya peribadi dan saya masukkan semua gambar yang ada. Kalau nak tenguk kat ceruk mana pun, tinggal login saja. Dan, dalam dok membelek-belek semua gambar yang ada, saya terpana melihat gambar yang ini.
Memang saya dah lupa langsung episod cerita ini. Aduh! Kurus lagi aku waktu itu ya....padahal tempuh masanya tidaklah berjarak terlalu lama -- 2005! :-))

Pasti semua kenal siapa jejaka kacak di sebelah saya itu kan? Ya! Chef Wan. Tapi apa yang kami tengah buat tu? Pasti you all ketawa kalau saya kata yang kami sebenarnya sedang berlakon! Atau lebih tepat lagi, tengah rakam suara untu drama radio. LOL
Dulu saya ni memang aktif sangat menulis -- dan apabila sudah berhenti dari Jelita, saya makin galak. Saknika benda jenis penulisan saya buat. Asal orang bagi peluang, saya mesti akan mencubanya. Jadi dipendekkan cerita, kala Abby Fana masih lagi menjadi DJ di radio THR, dia minta saya tulis skrip drama radio untuk Hotlink (kalau saya tak silap ya).

Bab mencari pelakon, saya dan Abby sama-sama telefon sana-sini. Habis semua kawan-kawan selebriti kami panggil. Ramai yang menyahut 'cabaran' kami itu tapi kami saring-saring juga. Chef Wan...as usual, yang tidak pernah menafikan panggilan saya, antara yang bersungguh mahu mencuba drama radio pula.
Memang seronoklah waktu itu sebab cerita yang saya tulis tu cerita kelakar. Kalau tak silap, dalam drama tu saya menjadi 'isteri' Chef Wan. Tapi inti pati cerita tu saya tak berapa ingat. Tapi watak Chef Wan pula ialah sebagai 'tukang jahit baju'. Boleh gitu? Ha ha ha
:-)))

...dan ini cerita selanjutnya. Dua lagi pelakon itu pun kawan-kawan semukim saya juga, Bariah dan Afiq. Sebenarnya ini pengalaman pertama mereka. Saya pulak? Dah tiga, empat kali juga masuk konti radio dan studio. Tapi tak sapa pun perasan sebab cuma suara saja.
Sedap ke tidak? Emh! rasa-rasanya kalau saya menyanyi, habis terjunam semua carta lagu di radio (carta saya saja). Tapi kalau berlakon tu! Boleh juga...tahu juga ambil `feel'.

Dan seperti biasa, Alia, yang sentiasa membayangi langkah saya -- tetap ditempelkan juga dalam drama radio nukilan sayaini. Dia menjadi kawan kepada Darling Ngasri. Tapi apa nama watak depa, pun, saya sudah lupa juga.
Apa saja yang diketawakan budak dua orang ini, saya sudah lupa. Tapi pasal dialog dalam skrip saya itulah agaknya. Memang happy sangat saat itu. Dan, saya memang habis hati sangat kalau dapat peluang macam ini. Dapat curah ilham dan perasaan dalam bentuk penulisan adalah satu kepuasan yang sangat mahal.
captions: Hem...sebenarnya saya pun galak ketawa juga sampai bergegar kamera. Gambar Darling kelabu asap jadinya, tapi wajah Ann Ngasri masih clear. Masa ni Ann masih lagi anak dara yang comel manis.

Bercakap bab menulis, memang saya sangat suka bidang ini.....sangat cinta. Kalau artis selalu cakap, 'dah jadi darah daging'. Klise sekali kan? Tapi saya pun macam itu juga. Kalau tak silapl, saya mula menulis secara serius sejak di darjah empat. Biasanya saya suka buat karangan/cerita pendek dalam sebuah buku khas, dan kawan-kawan akan pinjam baca, sampai naik lunyai buku itu dibuatnya. Saya juga suka buat komik. Lukis itu ini, siap dialog lagi. Itulah kerja saya setiap hari. Khayal dalam dunia saya sendiri (dan sekarang Alia dan Arina pulak ikut jejak saya :-) Alhamdulillah.
Bagi saya, menulis itu mesti dari hati. Luahkan yang baik dan manis. Maki dan cerca itu simpan dalam hati. Especially kalau menulis blog. Itu yang saya sering pesan kat Alia. Manusia ini memang ada bermacam-macam perangai. Dan mereka pun ada masalah sendiri. Jadi, tak perlu lah kita hendak menambah kerut di dahi mereka itu dengan cerita sumbang sumbing kita pula. Tak payahlah nak hambur keluhan penuh bertahi maki dan kerak sakit hati itu kat blog (atau dalam laman cetak apa sekali pun) sebab yang tak baik itu mudah dingat orang. Kalau geram sangat, nak lepaskan juga... sipi sipi saja. Berkias-kias sikit tak apa. Tapi, dalam kapasiti yang lebih besar? Tak payahlah! Bak kata mak saya -- 'biar merebuk dalam hati'.
Walau bagaimanapun, jangan pula terlalu berhati-hati, sehingga penulisan kita itu menjadi tawar dan hambar. Manis tidak, masin pun tidak. Macam biskut -- yang hanya digaul marjerin dan telur saja lagaknya. Sapa nak makan? Menulis tanpa titik tumpu akan menyebabkan kita hilang arah. Susah orang nak faham.
Dan saya perhatikan juga, ada orang teringin menulis (terutamanya blog) -- tapi tak berani nak berhabis-habisan dalam meluahkan perasaan. Terlalu mengatur ayat, sehingga cerita jadi cetek, mendatar saja. Nak tau kenapa? MALU.
Seganlah...itulah..inilah. Maka hasilnya, jadilah karya kita itu karya plastik -- bukan dihasilkan untuk kepuasan sendiri -- tapi lebih kepada takut apa pula orang kata nanti.
p/s: Bab 'malu, takut' dan tak confident' inipun memang sedap untuk saya bahaskan. Nanti saya akan ulas bab ini dalam entry yang lain. Hari ini kepala tak berapa nak ringan ....

Hem, ini pula cik Puan Abby kita, yang sibuk menyelaras rakaman. Nak masukkan kesan bunyi mesti sesuai dengan mood cerita juga. Kalau masuk lagu seram masa orang tengah nak bermain perasaan asyik masyuk! Hanguslah jawabnya.
Dan seperti biasa, di penghujung sebuah episod, penyudahnya ialah bergambar beramai-ramai.
MASIH LAGI KISAH DRAMA RADIO....
Tapi ini sesi lain. Saya masih lagi sebagai penulis skrip, tema dramanya mengenai wasiat. Dan dapat juga saya berlakon menjadi emak kepada Jalaluddin Hassan. Ha ha ha! Selain itu, turut berlakon ialah Syamsul Ghau Ghau dan Norlia Ghani. Banyak lagi gambar semasa rakaman, tapi entah dalam CD mana, saya pun tak tahu.
Sekian terima kasih :-))
JUN
...dengan dengung dlm kapala yang masih melata
...yang ada hanya kenangan ini,
sangat manis untuk disimpan,
disingkap
...dan
ditatap.
2 comments:
wah kak jun....dasat2....hehehe
salam kak jun.... sebenarnyer kak jun la yg superwomen nyer.... segala2 leh buat termasuk berdrama n berskrip bagai.... tabik la.....
Post a Comment