Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Monday, November 23, 2009

Meriah....! Meriahnya....

Hari raya haji saya kali ini sangat meriah. Tapi sebelum itu mari kita tanya khabar teman-teman bakers yang sudi datang ke rumah saya untuk belajar dekorasi kali. Apa khabar Maimunah....? Meriah tak raya haji kali ini? Maimunah tinggal di USJ 3....tapi kami sebelum ini kami saling tidak mengenali. Kalau bukan kerana kelas seni hias cuppies ni, tak berpeluanglah kita berkenalan ya Maimunah?




....dan kepada teman lain? Ka-ba-re?? Hari ini dan esok saya akan sibuk di dapur untuk menyediakan juadah raya! Seronoknya. Semalam saya sudah shopping bahan untuk juadah raya kali ini. Tapi yang pentingnya....ada dekat 10 ketul cream cheese kat dalam peti ais tu. Saya berangan nak buat cheese cake berbagai rasa dan warna sebab ada permintaan khas dari pada anak-anak dan emak saya.
Apapun, sebelum bercerita lanjut mengenai kisah raya...mari saya perkenalkan dulu teman-teman baru saya, yang sudi hadir kelas dekorasi cupcakes yang saya anjurkan baru-baru ini.



Ini cikgu Anna...guru bio-kimia. Apa khabar cikgu Anna. Tabik betul saya kat cikgu Anna sebab dia mengajar subjek yang sangat susah itu! Tapi kalau tenguk senyumannya, macam tak ada stress pun kan? Happy saja dia sepanjang belajar dekorasi tempuh hari. Cikgu masak apa untuk Aidiladha nanti? Mesti cupcakes penuh meja dak?







Ini pula cikgu Rafidah...kawab baik cikgu Anna. Orang Perak...Kuala Kangsar! Tak sangka kami sekampung. Hem....memang orang Perak ni kreatif belaka agaknya?Kan? :-))

"Cikgu Rafidah sihat?"

Ini pula Cikgu Ita. (cikgu lagi...!) Nampaknya ramai pulak cikgu yang joined kelas kali ini. Dan kebetulan pula, cikgu Ita dan CIkgu Rafidah ini dulu adalah teman sekelas di universiti. Tak sangka mereka akan bertemu lagi di rumah saya. Jadi, kira-kira macam Jejak Kasih tu. Maklumlah , selepas berbelas tahun terpisah, tau-tau dapat bertemu lagi. Menarikkan? Cikgu Ita ni pakar kek, berasal dari Kuantan (memang ramai betul orang Kuantan yang datang belajar dekorasi cupcakes ni. Meriah sungguh market kat sana kan? Kakak cikgu Ita ni kawan baik saya...lawyer besar tu. Tak sangka kali ini cikgu Ita sudi bertandang ke rumah saya belajar dekorasi.....thanks ya cikgu Ita :- ))

captions: semua asyik mengadun dan menguli fondant

Alhamdulillah, setakat ini kelas dekorasi yang saya anjurkan berjalan lancar. Nampaknya ramai sungguh wanita Malaya ni yang bijak memasak dan minat menghias kek. Email yang saya terima banyak, tapi setakat ini saya tak dapat nak ambil lebih dari lima atau enam orang sahaja untuk satu sesi, bimbang tak terlayan pula nanti. Dan untuk kelas beginners, saya cuma boleh anjurkan pada hari Sabtu sahaja, manakala kelas advance pada hari berkerja.


Tapi bagi Sabtu 28/11 ni, saya tak dapat nak anjur sebarang kelas sebab kita nak beraya sakan dengan adik-beradik saya ramai berkumpul di rumah kakak saya (yang kini berada di tanah suci Makkah). Memang meriah dan riuh-rendah tu. Sebenarnya, kedatangan Aidiladha kali ini mengingatkan saya pada sambutan raya haji tahun lepas. Cepat sungguh masa berlalu. Rasa-rasanya baru lagi kami sibuk-sibuk menganjurkan kenduri kerana berpeluang menumbangkan lembu korban untuk kami anak-beranak (+ satu bahagian untuk MIL). Dan, lusa, raya korban datang lagi. Hem...usia kita pun meningkat setahun lagi (cepat sungguh masa berlalu).




captions: Apa kabar Olly, selamat hari raya :-))

Sebenarnya, beraya di USJ 4 ini sangat meriah sekali sebab masjid di depan rumah kami ini sentiasa menganjurkan aktiviti korban (biasanya lembu) dan biasanya pada malam raya akan sampailah lembu-lembu itu dan akan ditambat pada pokok-pokok di taman permainan kanak-kanak di depan rumah saya itu. Kadang-kadang sampai 16, 17 ekor dan kebiasaannya, anak-anak lelaki di kariah ini akan menjaga lembu-lembu ini secara sukarela pada sebelah malam. Seronoklah depa dapat tidur di masjid beramai-ramai...macam pesta `kecamatan' sampai pagi...!


Dan satu hal lagi yang membuatkan saya sangat mengingati raya korban tahun lepas sebab ketika itu saya masih belum lagi menganjurkan kelas dekorasi cupcakes/cakes. Maklumlah, baru berjinak-jinak dengan dunia cuppies. Tak sangka pula, menjelang raya haji kali ini, saya dapat tunaikan impian Alin dan Hanis, dua wanita yang mula-mula sekali memujuk saya mengajar mereka menghias cupcakes. Dan selepas hampir setahun kelas berlangsung, teman sehobi dalam dunia baking ini semakin bertambah. Kebanyakannya pakar kek dan masak-memasak. Jadi banyaklah tips yang dapat saya kumpul. Alhamdulillah.





Jadi dikesempatan ini, sekali lagi saya ingin mengucapkan selamat hari raya Aidiladha, dan maaf lahir batin kepada semua pembaca. Dan, kepada semua dinda dan kanda yang pernah belajar dekorasi dengan saya....ucapan lebaran ini juga lebih berganda-ganda kepada dinda semua; juga maaf lahir batin.



Ini Elisa...yang memang aktif menjalankan perniagaan Homebiz....yang sangat kreatif. Selamat hari raya Elisa....juga kepada semua yang sempat sekelas dengan Elisa baru-baru ini.





Sha dari Shah Alam yang suka tersenyum....sokmo.






Ini Anis dan Miza (yang sanggup turun dari Seberang Prai ni. Kasihan mendengar cerita Miza yang terpaksa mengejar bas ekspress tu.....! Memang berkat usaha Miza ini kan? Sanggup naik bas di tengah malam, demi nak mencari kemahiran. Nanti dah ada blog, bagi tahu kak Jun).




Iryani
(betul ke?...habis confuse dah ni....thx Yani)
Anis




Maaf kerana tidak dapat berlama-lama di depan laptop sebab telur, gula dan mentega sudah menanti di dapur. Kepada yang mengirimkan emails, insyaallah kak Jun akan cuba balas secepatnya. Amin!

4 comments:

Cahaya Kekasih said...

good luck akak!!!

nasib la jauh kan...kalau tak...pagi2 raya saya terjah umah akak makan kek...hahahah

eLiza said...

Salam Kak Jun,

Aduhai kak, terkedu sy baca caption akak kat pic sy tu.. Bila masa pulak sy ni kreatif, kalo tak kerana akak yg tunjuk ajar sy cemana nak gentel2 fondant tu.. he he.

Anyway kak sy ader blog ttg makanan2 & supplements yg sy suka & cuba. Boleh la akak tgk kat sini: http://lifefoodsandnutrition.blogspot.com.

& lastly Salam Aidiladha.
Elisa @ www.elyzabrownies.com

den aka yani said...

Dear Kak Jun,

Selamat Hari Raya Aidil Adha...

psps: hehe..kak jun ada pics yg nama dan orangnya tak sama..yg sebelah Miza tu Anis..Iryani is Maryani..Maryani is Anis.

ANR DELIGHTS said...

org perak mmg kreatif kak! salam lebaran...