Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Monday, July 13, 2009

Cerita Cinta Manis...

Begitu puitis sekali tajuk kali ini kan?



Padahal hanya mau cerita pasal fondant :-))




Maklumlah, kini saya masih lagi dalam MODE cinta -- tapi C.I.N.T.A yang saya maksudkan itu bukanlah rasa kasih dan sayang terhadap lelaki; (...yang kononnya dikatakan mempunyai satu nafsu & sembilan akal (tapi nafsu biru yang satu itu pun tidak mampu depa kawal).

Sebaliknya, ia adalah api kecintaan saya, yang sudah teruja sangat untuk kembali menggarap novel cinta; yang sudah saya mulakan 'bab pertama' sejak lebih setahun lalu, tapi kini failnya sudah penuh 'habuk dan sawang'.









.....pause/to continue.






AWAL PAGI




...saya mengaku kalah. Tak mampu rasanya hendak meneruskan karya saya yang sudah pun saya mula ketik kembali sejak malam tadi, akibat dilanda rasa bersalah sangat mendalam kerana terikat dengan commitment minggu ini sebab ada yang nak menyambut harijadi, pertunangan dan pernikahan.


Dan, hal ini semua membuatkan saya tak lena tidur, bimbang kerja tidak teratur. Jadi, saya publish dahulu entry ini sebab mungkin selepas ini saya tidak sempat nak update blog untuk beberapa hari.

(...dan sesi menggarap ayat-ayat cinta saya tolak ketepi).




**************


KEMBALI ke dunia cuppies;
Pagi ini saya nak perkenalkan beberapa lagi teman baru, yang menyertai kelas dekorasi cupcakes (beginers), beberapa hari lalu.


Dimulai dengan
Puan Jamilah!






...orangnya sangat berhemah, dan ringan tulang dan tak lokek pertolongan. Ringan sahaja dia membantu mana yang perlu sepanjang kelas berlangsung. Dan satu lagi kelebihan Jamilah -- kalau bab buat toppers tu, dia sangat cekap dan 'laju'. Agaknya sebab dah lama berkerja di bahagian kargo KLIA...jadi dia dah terbiasa bergerak pantas. And, kalau nak tahu, Jamilah ni taukeh kek coklat -- bukan yang biasa-biasa tau! Tapi kek coklat kukus....hem....lepas ni kalau dihias toppers fondant,



mesti lebih hebat dan lebih 'klass!'










**********



Ok,



ini pula Zety



Seronok saya dapat bertemu 'empat mata' dengannya,



sebab kalau mendengar suaranya di corong hp, Zety ni sentiasaaaa ceria.
Saya rasa chemistry kami sama



sebab itulah dari awal lagi,



saya rasa happy nak berjumpa Zety. She is a very positive lady.
Hem...memang sesuai benarlah Zety, a very lovely mummy ni, menjadi pramugari,



-- sebab keramahannya tu membuatkan dia senang didampingi.



...dan



Nampaknya, warga Putera Heights juga happy sebab kalau
kempunan nak makan cupcakes,
boleh sahaja menempahnya
daripada Zety.





Dan, saya juga tabik (springg) kat Zety,
sebab dalam sibuk terbang keliling dunia,
dia masih menyusukan bayinya sendiri.
hmmm, inilah baru dinamakan isteri Mithali....





....cantik,



....friendly



...ada kerjaya menarik



dan la ni dah pandai merias cupcakes







:-))









********



Ini pula







Junaidah :a very dotting mom







yang sanggup belajar rias cupcakes



sebab nak buat sendiri



cuppies untuk
menjelang harijadi





anak yang disayangi.



Maklumlah, anak cuma seorang...



...itulah intan



...itulah berlian




adi, kalau boleh apa saja yang anak minta,



pasti kita cuba tunaikan :-))







dan dengan skill baru ini



bertambah lengkaplah package Junaidah...




sebagai PA yang cekap, cun dan berbakat :-))




*********


Tak lupa juga diperkenalkan
teman kita yang duduk nun di pangkal Semenanjung,
....iaitu
Rina yang manis

yang mai dari Perlis.

Teruja saya dengan kesanggupan Rina
yang sanggup meredah perjalanan yang jauhnya beratus-ratus kilometer
semata-mata kerana mahu belajar dekorasi dengan saya.
Inilah wakil pertama warga dari pangkal Semenanjung,
dan saya doakan semoga Rina akan tetap bersemangat
dan semoga dia akan terus sukses sebab young mummy ini sangat berbakat!
**********




Dan yang ini pula ialah:

Norlela.

Pakar IT yang super peramah dan very sweet!

Dan satu hal lagi yang saya notice, Norlela ni sangat independence,

very firm dan very confidence.

Semestinya Norlela ni kalau jadi usahawan,

boleh berjaya tau, sebab kat mukanya tu langsung tak nampak bayangan 'takut'

*******

Walaupun kami tak dapat berlama-lama, tapi pertemuan yang singkat ini sangat menberi makna.

Hem, kalau tak kerana cupcakes,








Tidaklah kami dapat bertemu, berkenalan dan bergurau-senda.

Wasalam!


Inilah part yang paling saya suka setiap kali kelas dekorasi selesai. Saya tahu depa semua suka...macam saya juga dahulu, tatkala kali pertama berjaya membuat dekorasi cupcakes yang paling sulung -- paling julung -- paling istimewa


(...dan tarikh 9 Januri 2008, akan saya kenang selama-lamanya sebagai permulaan untuk cerita manis ini semua)

1 comment:

Umi Rayyan said...

hye kak jun...kewl gambar2 kita aritu. Nnt jenguk2 laa ke blog rina ek (rayyandarwisy.blogspot.com)...xde ape sgt, cuma update psl bby je :-p