Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Saturday, April 4, 2009

Tetamu Dari Utara

BERLALU sudah satu hari yang sangat panjang bagi Zuriani Abd Kadir bersama saya semalam -- dari pagi sampai ke malam; dan hari ini Cek Mek Molek Zue akan kembali ke Alor Star...dengan semangat baru dan misi lebih gempar.

Captions: Hasil kerja tangan Zuriani -- fondant 3D -- satu-satunya medium yang sangat saya suka sekali untuk menghasilkan dekorasi.

captions: set 3D fondant (dan 2D juga) untuk ini adalah hasil kerja tangan Zuriani juga.

OK, sebenarnya selepas menganjurkan beberapa siri kelas dekorasi dengan beginners, saya masih belum terfikir hendak menganjurkan kelas untuk advance fondant dekorasi pula untuk konsep 3D. Tapi Zuriani mengubah pandangan saya dan memberi keyakinan kepada saya -- yang saya boleh mengajar pencinta dekorasi yang dah advance. Sebenarnya, semua teknik dekorasi fondant 3D ini saya cipta sendiri tanpa pernah menghadiri mana-mana kursus sekali pun. Jadi, kebanyakan yang mengirim email untuk belajar dengan saya teknik ini pernah menghadiri kursus formal dengan kelas dekorasi kek yang lebih ternama.

Saya mencari letaknya diri saya. Teknik saya adalah teknik yang saya kembangkan sendiri -- hasil pemahaman saya tentang makna seni. Semua yang ada itu adalah hasil pemerhatian saya kepada objek yang ada di sekeliling saya dan saya transform menjadi dekorasi cake/cupakes menggunakan fondant.

Tapi, Zuriani bersungguh mahu belajar dengan saya --dan selepas saya timbang dans aya sukat -- saya rasa oklah kot dan saya katakan 'ya' kepada Cek Mek Zue yang sudi terbang dari Alor Star.


Semua toppers ini sesuai untuk pelbagai jenis tema dan boleh diaplikasikan untuk dekorasi kek sebensar mana sekali pun.

Captions: Sukalah hati saya melihat Zue tersenyum melihat hasil curahan usahanya sudah pun ada di depan mata.
Captions: La ni Zue dah tahu macam mana nak buat 'Abang Bob' kan!
Captions: Puteri dan sejambak bunga.


Captions: Bunga mekar berkembangan.

caption: Sebenarnya kami berdua ni sangat penat...dari 10 pagi sampai 10 malam dek. Selesai dekorasi, kami sama-sama segarkan badan semula, baru berposing dengan hasil karya Zuriani.

Saya harap Zuriani puas hati -- dan selepas ini bolehlah dia menambah koleksi karyanya dengan teknik 3D khusus untuk warga Alor Star dan yang sekitarnya. Melihat porfolio Zuriani -- memang dah gempar dah. Dotting mom ni ternyata sangat bertuah kerana mendapat sokongan 200% daripada suami tercinta, yang sanggup melepaskan isteri ke KL demi menimba ilmu. Seronok bersembang dengan orang yang sama sealiran dan kegemaran ni. Banyak yang kami sembang sambil tangan laju saja menguli fondant.

Kalau tak kerana hari yang terang benderang di luar sana yang dah berubah kelam kemudian mengundang gelap dan akhirnya menjelma malam...kami tidak sedar sebenarnya hari sudah berlalu lama sekali.

Semoga Zuriani sudah perolehi apa yang dihajati dan selepas ini kek dan cupcakesnya yang memang dah terkenal kesedapannya itu akan bertambah 'meletup' lagilah ya. Panjang umur kita berjumpa lagi dan salah silap, harap dimaafi.

4 comments:

Sugarpink Icing said...

wow seronoknya bermacam macam design dapat belajar . . . tak rugi datang dari jauh. Well done Zuriani!

Jasmeen said...

yg jauh pun sanggup dtg berguru, sy yg dekat pun x bleh nak dtg2 yer kakjun..poketku x mengizinkan...hehhehehe

JUN said...

shashue - ingat tak kalau kita dah kena angau dengan cupcake dulu? haro-hari asyik ckp hal tu jer...

Jasmeen -- kalau ada rezeki kan Meen. Insyaalah

Sari Yusa Ibrahim said...

Dua insan berbakat besar, saya hanya mampu memandang dengan penuh rasa cinta dan kagum dengan darah seni yang mengalir hebat, Alhamdulillah.