Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Thursday, April 30, 2009

Dekorasi Cupcakes Berlangsung Lagi

Salam semua dan Selamat Hari Buruh.

Dan apa khabar? Edlin, Sheema, Farah and Nannie (dindaku...)
Dah banyak ke projek disiapkan? Hari ini cuti, bolehlah eksperimen dengan segala bentuk
decoration tu kan?


Okeh...biar saya perkenalkan our new cupcakes maker this week iaitu


Edlin, from Penang; Sheema, dari KL


dan Farah, dari Shah Alam.

Kata Edlin depa ni semua kawan baik sejak dari Uni lagi. Dan kiranya sehati-sejiwalah.
Cuma selepas grad, Edlin tinggal di Penang tapi selalu berulang-alik ke KL,
menjenguk chenta hatinya. Tabiklah kat Edlin kan sebab dalam
sibuk-sibuk urus kerja, anak dan suami, masih boleh bagi ruang untuk
hobi yang sedang menjadi kegilaan satu dunia ni.








Dan sesi kali ini turut dihadiri adik saya, Nannie (jenguk blog dia http://smockingwithnannie.blogspot.com/)

yang memang terror buat kraf. Maklumlah dulu belajar Fashion Design di UiTM dan pernah jadi cikgu seni...jadi kira deco cuppies ni 'kacang' jer la kan Nannie. Kita cuma perlu tahu teknik -- macam mana nak bakar cupcakes, buat buttercream dan fondant...lepas tu, mulalah garap segala bentuk yang kita suka. Betul tak Nan? :-))



Ini adalah collages gambar hasil dekorasi cupcakes yang dihasilkan oleh

Edlin, Sheema, Farah dan Nannie. Bunga ros fondant hasil tangan Nannie (gambar ihsan blog Nannie)Ini pulak teddy bear karya Nannie...(gambar insan blog Nannie)

(Gambar ni saya copy paste dari blog Nannie....semua cupcakes berbaris untuk sesi bergambar.)





























2 comments:

Nannie said...
This comment has been removed by the author.
Sugarpink Icing said...

beautiful cuppies girls! welcome to the club!