Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Wednesday, April 1, 2009

Dua Sahabat Sama Minat

Seharian bersama saya, dua sahabat yang memang tak pernah melihat macam mana ropanya 'fondant' dan cara mengadun buttrecream ni, akhirnya bolehlah tidur lena juga malam ini. Maklumlah hajat nak belajar dekorasi sudahpun dilunasi. Ain dan Ida ni memang sangat akrab. Maklumlah satu pejabat, dan sama-sama berkongsi minat. Jadi, senanglah cerita kalau nak rancang apa-apa aktiviti yang serasi jiwa dan raga.

Walaupun terpaksa mengorbankan cuti sehari, Ida dan Ain tepati juga janji, muncul di kediaman saya seawal jam 10 pagi. Seperti biasa, saya tanyalah serba-sedikit background kedua-dua sahabat ni. Katanya memang tak tahu apa-apa -- jadi saya bagilah teknik dekorasi yang paling asas bersama-sama resepi yang diperlukan untuk mengadun cupcakes sendiri di rumah kelak.



Tenguklah ni -- semanis-manis buttercream....manis lagi senyuman Ida; yang sangat teliti ketika menyempurnakan dekorasi.

Ok, jangan kacau k...! Ini saat paling kritis ni! Dua-dua dah serius sangat dah ni sebab makin lama, fondant yang kena uli semakin kecik...makin halus, sebesar seurat benang saja!
Hem...ada gaya macam pakar CSI tak? Macam nak tembus teddy tu Ida tenung! Ha...itu baru nak menyiapkan bahagian muncung!
Ain si supermom, yang memang pandai jahit sulam manik dan buat sulam reben, kini tambah lagi satu kemahiran....dekorasi cupcakes! Syabas dear! Meletup satu Senawang nanti!

Hasil dekorasi dua sahabat yang sangat akrab -- Idan dan Ain.

2 comments:

Sugarpink Icing said...

bersungguh sungguh belajar, well done! nanti tidur pun mimpi design utk cupcake. . .

Nurain said...

Kak June, kalau senang email la photo kita orang dgn kak Jun tu dan photo2 yang lain tu... kalau kak jun ada free time... nurain@gasmalaysia.com
http://along-thepath.blogspot.com