Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Thursday, April 23, 2009

Dedikasi untuk Kak SIti

ENTRY ini istimewa untuk Kak Siti -- yang hadir ke kediaman saya, semalam dan hari ini -- demi melunas impian yang sudah lama tersimpan, iaitu mahu merias cupcakes dan cake menggunakan fondant.

Jadi, walaupun terpaksa menyeberangi Tambak Johor, dengan mengheret cucu yang satu itu, Kak Siti tetap mahu. Susah sikit takpa, kata Kak Siti, asal kita dapat melunas hajat. Dan saya jadi teruja. Eh! Bukan sebab dia mahu belajar dekorasi dengan saya....(itu bab lain ya), tapi kerana wanita ini (yang dalam beberapa minggu, akan menimang cucu seorang lagi), namun tetap mahu upgrade kemahiran diri.


"...saya ni tak pandai nak berblog-blog Jun. Computer pun tak ada, pinjam anak punya. Kalau dia bukak, akak tumpang tenguklah, kalau dia pergi kerja, dibawaknya computer, jadi kita duduk diam-diam aja." Hem...dalam keadaan `sekejap ada, sekejap tidak' itu pun, Kak Siti sempat mampir ke mari. Waja sekali jiwa dia.

Teringatlah saya email yang kak Siti hantar, begitu panjang lebar. Maknanya, Kak Siti ni, walaupun mengaku tak berapa pandai IT, tapi sebenarnya dia nenek cyber yang perlu kita salute . Usia bukan faktor. Dan, soal boleh buat atau tidak pun tak timbul. Janji hati mahu...hal lain...yang titik bengek tu kita simpan dulu.




"Puas akak belek gambar dalam blog Jun...hah sekarang baru dapat tenguk sendiri depan mata." Jadi, walaupun Kak Siti dengan anak saudaranya tu sampai sesat barat dek kerana nak mencari rumah saya, dia tetap senyum dalam hati.
"Kenapa rumah tak bernombor Jun? Tiga kali akak pusing depan rumah Jun ni tadi...tapi was-was. Nak terjah tak berani."

"Sajaaaa.........nak suruh akak exercise. Biar pusing sampai 7 kali? Boleh jadi 'haji'...Haji USJ...." Hi...hi.


Sian kak Siti...cermin mata pun lupa bawak...(Kalau power kita sama, boleh pinjam Jun punya). Tapi digagahinya juga walaupun saya suruh juga dia tenyeh bunga yang kecil renik tu. Tak pulak saya tahu yang mata kak Siti tu dah kelabu. Bila dah siap kek ini, baru dia beritahu.
Disuruh canai, dia canai. Disuruh uli dia uli. Diminta tekap...ditekap-tekaplah juga walaupun mata tu dah nak merah. Maklumlah penat berbas dari Singapura semalam pun masih belum kebah, hari ini kena menghadap kek berjam-jam.
"Jun....sukanya hati akak Jun."

Itu saja ungkap Kak Siti. Tak lepas dipegangnya kotak kek. Hah! Kami pun dah sama-sama penat, jadi saling berbalas senyum saja.
Hem, merasalah juga kek ni seberang Tambak, masuk Singapura., usik saya.
Kak Siti senyum.
"Kalau kastam tahan, Kak Siti nangis aje...tau" usik saya.

To Kak Siti...goodluck and nanti cepat-cepatlah masukkan gambar dan cerita dalam
Bakingpots. blogspot.com itu!

2 comments:

kamalina a.k.a aimi said...

waaaaaaaaaaaaaaaa....bestnya dpt belajar deco yg mcm ni....

reen said...

salam kak jun.. bepa rm belajar kos mcm kak ct ni?