Macam tajuk program kanak-kanak saja kan? Ha...memang itulah hakikatnya sepanjang hari semalam saya bersukaria dengan Puteri Rozlina, Anna dan Shahnaz Suhana. Maklumlah semalam Sabtu yang panas, kalau tidak dilayan rasa suka, memang bukan senang nak menghadap proses dekorasi cupcakes yang memerlukan sepenuh perhatian. Tambahan pula kalau buat deko dengan saya, kalau tak buat benda yang halus -- tiny miny - memang tak sah. Walau sesusah manapun, tapi kalau satu dot itu penting untuk melengkapkan sebuah dekorasi, mesti buat juga. No short cut short cut ok.
Tapi yang seronoknya, semua yang datang belajar ni memang sudah bercinta dengan 'cupcakes' jadi semuanya ada passion dengan tahap semangat yang sangat berkobar-kobar. Itulah yang boleh saya katakan terhadap semua yang datang belajar merias cupcakes ini -- sama ada dari kelas pertama hingga group semalam. Semuanya buat assignment dengan penuh sabar. Dan, apabila selesai tugasan, pasti terdengar dialog keramat ni...
"...macam tak caya kita buat ni kan?"
Dan dalam hati, saya jawab, alhamdulillah. Maklumlah, mereka datang dengan penuh harapan dan saya harap mereka akan rasa berbaloi menghabiskan seharian menimba ilmu dan kemahiran daripada saya. Insyaallah.
(p/s: demi sebuah kemahiran...Anna sanggup datang jauh dari Kuantan. Kak Jun doakan Anna akan terus kreatif berkarya selepas ini).
Saya memang suka decorate cupcakes menggunakan fondant, jadi saya sediakan beberapa teknik hiasan asas menggunakan fondant yang boleh mereka aplikasi untuk merias cupcakes di masa depan. Apa yang penting ialah creativity..."ingat tu dinda-dindaku semua".
1 comment:
mmg payah kalo dah jatuh cinta ni kak....lautan api sanggup direnang..apatah lagi kalo menguli2 fondan tu yerr...i dah jatuh cinta ngan fondan tu..tp x brani lagi nak mengurat...kenyit2 mata jer dr jauh....muahahha
Post a Comment