Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Friday, March 6, 2009

Apakabar Intan, Ecar, Jaja, Aleen dan Sari...+ semua pembaca

Sebelum minggu beraleh, biarlah saya upload gambar yang diambil minggu lepas dan juga Isnin (28 Feb & 2 Mac 2009) -- iaitu sesi dekorasi cupcakes dengan Intan, Ecar, Sari, Azleen dan Jaja. Kali ini saya telah meluangkan masa dengan tiga peserta bagi setiap sesi kerana tidak mahu menghampakan peminat cupcakes baru nak berjinak-jinak dengan hobi yang menarik ini. Depa teringinnnn….sangat nak belajar merias cupcakes, jadi saya pun tamba quota to three persons per session.

Saya tak mahu cerita banyak sangatlah sebab badna pun penat dan tak ada idea nak garap ayat-ayat dalam kepala ni. Lihatl sahajalah gambar-gambar yang ada ni. Siapa kata merias cupcakes tu hanya untuk pakar sahaja? Intan, Ecar, Sari, Azleen dan Jaja memang tak pernah main buttercream dan fondant. Waktu kali pertama saya beri piping bag berisi krim manis bersari, semua senyum-senyum kelat. Saya kata tak apa -- cuba dulu. Kak Jun dulu pun macam ni juga dulu. (Please take note: the 1st time that I ever held a piping was on 9th of January, 2008..wah siap ingat tarikh lagi tu). Betul...! Serius ni. Sebelum tarikh tu, saya cuma tahu makan kek berkrim saja. Tapi saya taj tahu pun krim tu dibuat dengan apa? ropa peralatannya....apa ker lagi resepinya, memang satu apa pun saya tak tau dan tak ada ler pulak saya nak ambik tahu. Lebih teruk lagi... saya ingat royal icing and fondant tu adalah benda yang sama...LOL!!!

Tapi bila dah minat tu dah datang menyerang...saya terus `tekan minyak ' masuk gear 10 terus hi! hi! Dan sampai sekarang...minat tu tak pernah susut-susut lagi.

Hah! Tenguklah Jaja yang comel manis ini...macam itulah juga saya dahulu. Serius jer muka tu mengadap cupcakes yang masih 'tak berbaju' tu. Saya suruh Jaja uli fondant untuk dibuat toppers cupcake. "Seronok tak Jaja main fondant? Macam play dough kan?"
Ini pulak Sari dan Azleen yang juga bersungguh-sungguh menyudahkan task diberikan.

Yay! Sari and her 1st teddy.
Jaja si manis berbaju oren ni memang cute sangat orangnya, macam cupcakesnya juga. Seronoklah tu apabila akhirnya dia dapat berposing dengan cupcakes yang diriasnya sendiri. Penat tau...dari pagi sampai ler menjelang Asar. Serik tak Jaja?

Sari ni 'diam-diam ubi'. Tangannya memang berseni....cuit sana, cuit sini dah menjadi. And dia juga adalah 'tokeh' cake coklat.


Saya diajak bergambar sama pulak. Walaupun tak sempat nak touch-up bedak...kita 'ya' kan ajerlah kehendak dinda-dinda ku ini.


Sesi bergambar sebelum berpisah. Seronoklah bercampur dengan dinda-dinda yang masih muda remaja ni. Meriah saja hati melayan kerenah depa.





Mengabadi kenangan dengan Intan Sakinah dan Ecar.




Bertuah Ecar sebab suami setia menemani dia belajar dekorasi sepanjang petang.



Intan pula ditemani hero keciknya ini. Comel sangatlah anak Intan ni...mulut pun 'pok-pek'. Bijak sangat bercakap...!



















(Dua tiga kali saya terlelap depan laptop ni. Esok saya edit baliklah story ni) Good nite semua.














4 comments:

kamalina a.k.a aimi said...

saya tgk entry Sari ni kat blog dia..tapi kat situ saya panggil dia "bibu".. nama glamer kat blog... geram tgk hasil dia kak jun...berseni sungguh....

Bibu said...

tq so much kak Jun..mmg sgt best blaja ngan kakjun masih terbayang2 lagi buat cc ...rase xmo balik hehehe..now jatuh cinta ngan fondant plak!

Cintakasih27 said...

Hai Kak Jun...hehehe malunyer nengok muka sendiri kat dalam blog Kak Jun...seronok giler buat kek comel nI...balik dari kelas Kak Ju, berkobar-kobar semangat..asyik buat kek je..kejenyer...sampai sikembar kat rumah ni, kepala pun tercalit tepung sana sini..mana taknyer..kita sibuk menguli...diaorang sibuk mengacau...

Cintakasih27 said...

Hai Kak Ju, Malunyer nengok wajah sendiri kat blog Kak Jun tu...hehehe anyway seronoknyer dapat wat kek comel tu...balik rumah penuh dengan semangat berkobar-kobar...habis kepala, tangan sikembar ni tercalit dengan tepung. mana tidaknya..kita sibuk menguli, dia pun sibuk mengacau...thank you Kak Jun...I LOVE U...